Siapa yang tak suka shopping secara online?
Selain ianya menyenangkan, pada masa yang sama, kita juga boleh jimat banyak duit, apabila kita shopping secara online sahaja.
Bercakap pasal jimat duit, kat sini ada banyak lagi tips macam mana anda boleh jimatkan duit anda sehingga anda boleh simpan sehingga RM1,000 setiap bulan.
Kadang-kadang, kalau kita lihat dari segi harga barang yang dijual secara online, ia mungkin tak banyak beza kalau kita bandingkan dengan harga yang dijual di shopping mall, tetapi disebaliknya ada banyak yang kita dapat jimatkan.
Sebagai contoh, bila kita pergi shopping,
- Kita kena bayar kos untuk petrol, parking dan juga tol
- Kita mungkin akan terbeli barang yang kita tak perlukan
- Bila dah jalan-jalan, mula rasa letih dan perut pun rasa lapar... kena beli makanan pulak.
- Masa kita pun habis untuk jalan-jalan mencari barang yang kita mahukan yang mungkin dijual di kedai yang berbeza
Sebaliknya, kalau kita beli online, semuanya dihujung jari je kan. Harga yang dipaparkan di skrin kita, harga itulah yang kita kena bayar.
Barang yang kita nak tu pulak akan terus dihantar ke rumah kita atau kemana-mana alamat yang kita tetapkan.
Masa pun tak terbuang. Jadi masa yang sepatutnya kita guna untuk pergi shopping tu, kita boleh gunakan untuk buat kerja lain... sebagai contoh buat kerja-kerja sampingan yang boleh hasilkan pendapatan.
Laman web Lazada Malaysia, seperti yang kita sedia maklum, memang ada jual macam-macam produk. Dari produk kesihatan, kecantikan, alatan sukan, gadget dan macam-macam lagi.