Siapa yang tak suka shopping secara online?
Selain ianya menyenangkan, pada masa yang sama, kita juga boleh jimat banyak duit, apabila kita shopping secara online sahaja.
Bercakap pasal jimat duit, kat sini ada banyak lagi tips macam mana anda boleh jimatkan duit anda sehingga anda boleh simpan sehingga RM1,000 setiap bulan.
Kadang-kadang, kalau kita lihat dari segi harga barang yang dijual secara online, ia mungkin tak banyak beza kalau kita bandingkan dengan harga yang dijual di shopping mall, tetapi disebaliknya ada banyak yang kita dapat jimatkan.
Sebagai contoh, bila kita pergi shopping,
- Kita kena bayar kos untuk petrol, parking dan juga tol
- Kita mungkin akan terbeli barang yang kita tak perlukan
- Bila dah jalan-jalan, mula rasa letih dan perut pun rasa lapar... kena beli makanan pulak.
- Masa kita pun habis untuk jalan-jalan mencari barang yang kita mahukan yang mungkin dijual di kedai yang berbeza
Sebaliknya, kalau kita beli online, semuanya dihujung jari je kan. Harga yang dipaparkan di skrin kita, harga itulah yang kita kena bayar.
Barang yang kita nak tu pulak akan terus dihantar ke rumah kita atau kemana-mana alamat yang kita tetapkan.
Masa pun tak terbuang. Jadi masa yang sepatutnya kita guna untuk pergi shopping tu, kita boleh gunakan untuk buat kerja lain... sebagai contoh buat kerja-kerja sampingan yang boleh hasilkan pendapatan.
Laman web Lazada Malaysia, seperti yang kita sedia maklum, memang ada jual macam-macam produk. Dari produk kesihatan, kecantikan, alatan sukan, gadget dan macam-macam lagi.
Sekiranya anda mencari produk Rose Face Serum Zeeta, ia juga boleh didapati di laman web Lazada.
Rose Face Serum Zeeta ini adalah produk berasaskan bunga ros nombor satu di Malaysia dan ia dipercayai oleh para pengguna untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat, jeragat dan untuk menghilangkan kesan parut jerawat.
Cara penggunaannya begitu mudah, yang mana anda hanya perlu spray sahaja dibahagian yang bermasalah. Kalau bahagian yang bermasalah tu bahagian muka, maka spray la disitu.
Produk ini juga boleh didapati di Lazada, dan kalau anda berminat, boleh klik sini untuk beli.
Macam mana cara nak dapatkan harga murah apabila shopping di Lazada?
Bagi mereka yang masih belum tahu, cara untuk dapatkan harga murah apabila shopping di Lazada, bolehlah baca perkongsian ini.Kalau anda dah tau cara ni, mungkin boleh kongsikan dengan orang lain pula.
Baiklah, ini dia cara yang anda boleh gunakan.
(1) Buat pembelian menerusi laman web Shopback

Semasa anda nak shopping di Lazada, pastikan anda pergi ke laman web Shopback terlebih dahulu atau boleh juga gunakan link ini.
Pastikan anda telah daftar sebagai salah seorang ahli di laman web Shopback Malaysia.
Apabila buat pembelian, pastikan anda berada dilaman web shopback. Kelebihan buat pembelian menerusi laman web shopback ni ialah, anda akan dapat wang balik atau cashback sehingga 11% untuk pembelian produk di laman web Lazada.
Contohnya, kalau harga barang tu RM100, dan anda buat pembelian menerusi shopback, anda akan dapat balik duit anda sebanyak RM11.
Penerangan yang saya berikan ini adalah versi ringkas sahaja. Sebenarnya, produk yang berbeza menawarkan cash back yang berbeza, dan sekiranya anda ingin cuba cara ini, bolehlah daftar sebagai ahli di laman web shopback dulu dan fahamkan bagaimana cara mereka beroperasi.
(2) Beli sempena kempen atau promosi tertentu

Pada masa entri ni saya tulis, pihak Lazada sedang mengadakan kempen promosi sempena Sukan SEA yang dinamakan sebagai Mega Sports Expo.
Bersempena dengan kempen ni juga, ada banyak barang-barang sukan yang ditawarkan dengan harga diskaun. Kempen ini adalah untuk masa terhad sahaja dan kalau anda tak ambil peluang ni untuk beli barang-barang sukan yang dijual di Lazada, anda mungkin tak akan dapat lagi harga tersebut.
Pada masa kempen-kempen macam ni, saya paling suka dengan tawaran Flash Sale Lazada. Kadang-kadang barang yang dijual sempena flash sale ni banyak juga yang menarik. Harga pun sangat rendah.
Tetapi kena bertindak cepat, sebabnya kalau lewat, tawaran tersebut akan ditarik balik.
(3) Beli guna voucher atau kod diskaun Lazada

Anda boleh klik sini untuk dapatkan voucer dari Lazada. Ada macam-macam voucer yang anda boleh dapatkan dari laman web tersebut.
Mungkin ada satu atau dua voucer yang berguna untuk anda. Cubalah tengok ya.
Ikut pengalaman saya sendiri, dari masa ke masa, pihak Lazada juga akan berikan kita voucher khas menerusi emel. Lebih-lebih lagi kalau anda pernah beli barang dari Lazada, tetapi dah agak lama tak shopping di Lazada.
Kiranya voucer yang diberikan ni adalah untuk galakkan kita kembali beli barang dari Lazada.
Atas tu merupakan salah satu voucer yang saya pernah dapat.
(4) Beli guna kad kredit
Pihak Lazada juga ada menyediakan promosi khas untuk pemegang kad bagi bank-bank tertentu. Sila lihat senarai dibawah ni.

Kalau anda inginkan penjimatan ini, silalah perhatikan betul-betul, hari apa anda akan dapat potongan harga.
Kalau lihat pada maklumat diatas tu,
Isnin untuk pemegang kad CIMB
Rabu untuk pemegang kad Maybank
Jumaat untuk kad HSBC
Hujung minggu untuk pemegang kad Citibank
Pada mulanya, saya ingat ini untuk pemegang kad kredit sahaja. Rupanya saya silap. Sila baca penerangan pada gambar dibawah.

Sebenarnya potongan harga ini juga untuk pemegang kad kredit, debit dan juga prepaid card.
(5) Buat perbandingan harga sebelum bayar
Akhir sekali, sebelum nak buat pembayaran, sila pastikan anda buat perbandingan harga.
Apabila anda buat perbandingan harga, anda mungkin akan dapati, untuk barang yang sama, ada penjual yang berbeza di platform Lazada. Mereka juga tawarkan harga yang berbeza.
Untuk barang yang sama, ada yang tawarkan harga yang agak mahal dan ada juga yang berikan harga yang murah.
Sebaik-baiknya, anda kena tahu juga, apa harga pasaran barang yang anda nak beli tu. Anda juga perlu berjaga-jaga dengan tawaran harga terlalu murah, sebab bimbang ianya barang tiruan atau tak berkualiti.
Selain tu, semak juga feedback dan reputasi penjual.
Baiklah, itulah dia sedikit tips (5 taktik) macam mana anda boleh dapatkan harga yang murah dari laman web Lazada.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan