Isnin, 7 Ogos 2017

Kos iklan di Facebook terlalu mahal dan bagaimana usahawan online mengatasi masalah ini?


Menjalankan perniagaan secara online, memang ada kelebihan jika dibandingkan dengan perniagaan secara offline.


Orang yang ada bisnes online, mereka belum tentu boleh bawa bisnes mereka ke platfom offline. Sebaliknya, mereka yang menjalankan bisnes secara offline, mereka tak ada masalah untuk turut berniaga secara online.


Kenapa saya katakan, orang yang berniaga secara online ni belum tentu mampu untuk berniaga secara offline? Ada beberapa sebab kenapa saya kata macam tu.



Pertama, kos untuk buat bisnes offline boleh jadi lebih mahal berbanding kos untuk meniaga secara online.


Orang yang buka kedai, mereka perlu fikir kos-kos seperti sewa kedai, upah pekerja, bayaran api dan air dan lain-lain bayaran.


Sebaliknya, bagi mereka yang buat bisnes online, mereka tak perlu fikir ini semua. Lebih-lebih lagi kalau usahawan yang fokus untuk jual barang guna FB sahaja. Modalnya adalah laptop atau PC, sambungan internet dan gambar-gambar produk yang ingin dijual.




Kedua, orang yang berniaga offline ni, sudah tentu mempunyai stok barang dalam tangan. Kalau tak ada banyak stok sekalipun, mereka pasti ada simpanan yang mencukupi.


Pelanggan boleh nampak dan boleh pegang barang yang dijual.


Bagi peniaga online pula, situasinya adalah berbeza. Ada antara peniaga online yang sebenarnya menceburi bidang perniagaan ini menggunakan konsep bisnes dropship ataupun sistem affiliate sahaja.


Mereka ni tidak mempunyai stok produk dalam tangan. Justeru, modal permulaan untuk buat bisnes ini adalah sangat rendah, dan bagi sesetengah usahawan online, ada sahaja yang mula bisnes tanpa letak sebarang modal untuk beli stok barang jualan.


Untuk berubah, dari platform online ke offline tidak semudah jika dibandingkan dengan usahawan yang datangnya dari platform offline ke online.


Kelebihan bagi usahawan yang berniaga secara offline 

Apa yang menghalang anda untuk memasarkan produk jualan anda secara online? Tidakkah anda sedar, prosesnya sangatlah mudah!


Anda hanya perlu ambil gambar produk yang anda jual. Upload di FB atau di mana-mana laman web yang membenarkan anda meletakkan iklan, dan seterusnya anda beri sedikit maklumat tentang produk yang anda jual.


Sekiranya iklan anda dibaca oleh mereka yang minat dengan produk anda, individu ini akan hubungi anda untuk buat tempahan. Seterusnya anda perlu pastikan produk tersebut dihantar kepada individu yang berminat tadi.


Bukankah ianya mudah sahaja?

 
Cara pantas untuk dapat ramai pelanggan adalah dengan menggunakan iklan berbayar FBAds

Jika anda minat nak dalami ilmu Facebook For Business, boleh klik pada pautan ini.


Apa yang saya tengah cerita sekarang ini adalah tentang cara pantas. Lawan bagi cara pantas, adalah cara yang perlahan... atau lambat.


Zaman sekarang ni, kalau boleh semua benda kita nak pantas. Kita nak dapat hasil untuk sebarang usaha kita ni, sekarang juga. Tak boleh nak tunggu-tunggu.


Jadi, kalau nak cepat, kenalah sediakan bayaran.


Caranya adalah dengan menggunakan iklan berbayar FBAds. Ini bukannya satu rahsia lagi, dan memang ramai dalam kalangan usahawan yang memasarkan produk mereka secara online menggunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti ini.


Masalahnya... iklan di Facebook makin hari makin mahal dan jualan juga makin kurang

Apabila kita menggunakan kaedah iklan berbayar, bermakna kita memberitahu kepada satu kelompok sasaran yang besar, bahawa produk yang kita jual ini sangat bagus dan mesti beli.


Secara tak langsung, sama ada anda sedar atau tidak, anda telah mendedahkan iklan anda kepada bakal pesaing yang melihat iklan anda.


Bakal pesaing anda ini, hanya perlu lihat iklan berbayar yang anda lakukan. Dia cuma perlu lihat pada komen-komen atau respons pada iklan anda.


Jika didapati pada iklan anda,

1. Ada ramai yang berminat
2. Ada ramai yang tekan share
3. Ada ramai yang like
4. Ada ramai yang nak beli produk yang anda jual


Secara tak langsung, ini memberi gambaran bahawa produk yang anda jual tu memang ada pasaran.


Tak perlu susah payah nak fikir jual produk apa lagi. Mereka ni cuma perlu jual produk yang sama dengan apa yang anda jual.


Makin ramai yang lihat iklan anda, makin ramai pelanggan yang berminat nak jadi pembeli, satu lagi yang mungkin ramai terlepas pandang ialah pertambahan pesaing yang turut minat nak jual produk yang sama.


"Wah... peniaga ni jual antivirus untuk komputer laku keras la... aku pun nak jual jugak la..."


Ya. Ini memang satu sikap tipikal sebahagian orang kita. Mereka ni tak kreatif langsung dan lebih senang untuk jadi peniru.


Mereka tak berani nak ambik risiko sebaliknya, mereka lebih suka tiru sahaja apa-apa bisnes yang berjaya. Lebih sakit hati, mereka ni cukup berani buka kedai yang sama sebelah menyebelah dengan kedai kita.


Peniru ni memang ada dimana-mana. Jadi tak perlu nak terkejut kalau anda ditakdirkan untuk terjumpa spesis peniru ini nanti.


Bagaimana usahawan online menangani masalah kos iklan yang makin mahal? 

Baiklah, ini adalah daripada pemerhatian yang saya lakukan terhadap beberapa orang usahawan online yang saya kenali. Mereka ini, memang menggunakan kaedah iklan berbayar untuk iklankan produk-produk yang mereka jual.


Seperti kebanyakkan peniaga lain, mereka juga menghadapi masalah yang sama.


Kos iklan makin mahal.


Apa yang penting, mereka bukan sekadar merungut tentang kos iklan yang makin mahal tu, sebaliknya mereka turut lakukan sesuatu agar peningkatan kos ini tidak menjejaskan operasi perniagaan mereka.


Jadi, apa yang mereka lakukan?

(1) Mereka menghasilkan produk digital dan jual 

Produk digital ini adalah seperti ebook, software, rakaman audio, rakaman video dan sebagainya. Untuk menghasilkan produk seumpama ini tidak begitu sukar.

Saya ambil contoh, jika ingin buat ebook. Hanya perlu taip sekali sahaja. Convert kepada format pdf dan jual. Ebook yang sama boleh dijual ulang-ulang kali dengan satu harga. Keuntungan anda simpan 100% dan dari duit keuntungan inilah digunakan untuk tampung kos iklan berbayar.

Saya tidak akan menamakan usahawan internet yang buat cara ini kerana pada saya ianya kurang sesuai. Namun, jika anda ada follow usahawan internet yang anda kenal, anda pasti akan nampak, mereka guna kaedah seperti ini.

Buat ebook, kemudian jual.


(2) Mereka buat bisnes sampingan jenis yang tak perlu modal dan hasilnya digunakan untuk bayar kos iklan jual produk utama 

Contoh bisnes yang saya maksudkan adalah seperti bisnes dropship, join program affiliate dan juga tawarkan perkhidmatan.

Tawarkan perkhidmatan ni boleh jadi dalam bentuk khidmat tulis artikel advertorial, khidmat bina laman web, khidmat konsultansi dan sebagainya. Personal coaching juga boleh dikira sebagai bisnes jenis perkhidmatan. 


(3) Dalam setiap iklan, mereka akan pastikan database pelanggan dibina 

Ini satu perkara penting yang masih ramai tak beri perhatian yang serius. Sebagai usahawan yang menggunakan teknik iklan berbayar, anda sepatutnya simpan maklumat seperti nama, nombor telefon, alamat emel dan lain-lain maklumat perhubungan semua orang yang beri respons kepada iklan anda.

Dengan adanya maklumat ini, anda dah tak perlu guna FBAds lagi dimasa akan datang.

Anda hanya perlu fokus pada database yang ada di tangan. Secara tak langsung, lama kelamaan anda dah tak perlu lagi bergantung kepada FBAds.


Sekiranya anda ingin menggunakan sistem database, saya syorkan anda guna sistem autoresponder emelmatik. Sistem autoresponder ini boleh digunakan secara percuma sahaja selama 365 hari. Anda boleh klik sini untuk daftar
 

(4) Mereka juga akan melabur untuk buat iklan menggunakan kaedah percuma seperti teknik Search Engine Optimization (SEO) 

Teknik SEO adalah satu teknik yang memang terbukti berkesan untuk mendapatkan pelanggan baru. Dalam teknik ini, kita akan sasarkan kata kunci tertentu, dan kita mahukan apabila ada pengguna internet yang mencari info tentang kata kunci tersebut, individu tersebut akan jumpa laman web dan iklan perniagaan kita.

Teknik ini lebih kurang sama macam teknik iklan adwords, cuma ini ialah versi percuma.

Memandangkan untuk menjalankan kempen SEO yang baik, ia mungkin akan ambil masa yang lama, adalah lebih baik anda outsource sahaja kepada orang lain yang ada kepakaran.


Saya sendiri biasa menerima tugasan untuk bantu para usahawan menjalankan kempen SEO. Macam baru-baru ini, saya terlibat untuk bantu seorang pemilik bisnes homestay untuk perkenalkan homestay miliknya yang beroperasi di Seri Manjung Perak.


Anda boleh baca artikel saya berjudul Homestay Seri Manjung – Homestay Bajet Al-Qarni menawarkan perkhidmatan yang selesa pada harga JIMAT!


Jika anda juga menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah kos iklan FB yang makin mahal, semoga anda temui perkongsian saya ini.


Manalah tahu kan, ada antara idea yang saya kongsikan dalam ini dapat beri manfaat kepada anda. 
 

  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...