Kerja yang saya lakukan memberi saya peluang untuk berinteraksi dengan ramai pemilik bisnes Homestay.
Ramai juga usahawan ini yang hanya fokus untuk mempromosikan homestay mereka menggunakan medium seperti Fb Fanpage, Fb personal profile dan juga pengiklanan berbayar menggunakan kaedah Google Adwords.
Saya tak ada masalah dengan kaedah-kaedah seperti itu.
Saya tak nafikan, memang cara tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan pelanggan baru. Ia bukan sekadar boleh digunakan, malahan memang ada yang berjaya dapat penyewa.
Untuk meluaskan lagi capaian (reach) bakal penyewa yang mungkin akan memilih untuk menginap di homestay milik kita, kita perlu ada laman web khas.
Biasanya, apabila kita ada laman web kita sendiri, kita akan mudah untuk dapat bakal penyewa yang membuat carian homestay menggunakan servis carian search engine seperti google, yahoo dan sebagainya.
Maka kat sini saya dapat perhatikan, ramai juga yang tidak memberikan perhatian yang serius tentang aspek pembinaan sesebuah laman web.
Kalau ada laman web sekalipun, ianya tidak begitu menarik dan dibuat dengan cara yang tidak begitu profesional.
Posting kali ini, sebenarnya merupakan kesinambungan bagi posting saya sebelum ni yang berjudul Promosikan bisnes Homestay anda menggunakan laman web PERCUMA yang profesional.
Diluar sana, memang terdapat banyak platform yang boleh kita gunakan bagi tujuan pembangunan laman web.
Ada laman web yang kita boleh bangunkan secara percuma, dan ada juga yang kena bayar.
Kalau platform percuma yang popular ni adalah seperti
(1) blogspot.com
(2) wordpress.com
(3) weebly.com
(4) wix.com
Saya syorkan anda cuba keempat-empat laman web diatas untuk bina laman web perniagaan anda. Cuba biasakan dengan feature yang ditawarkan dan lihat mana satu yang pada pandangan ada adalah user-friendly.
Selalunya, apabila menggunakan servis percuma seperti ini, anda akan menggunakan nama domain yang mereka sediakan.
Bergantung pada apa platform yang anda gunakan. Katakanlah nama homestay anda ialah homestay bajet Melaka. Nama domain perniagaan anda mungkin akan jadi seperti berikut.
(1) homestaybajetmelaka.blogspot.com
(2) homestaybajetmelaka.wordpress.com
(3) homestaybajetmelaka.weebly.com
(4) homestaybajetmelaka.wix.com
Inilah yang "terpaksa" anda terima apabila anda menggunakan servis percuma. Nama laman web anda akan jadi lebih panjang sebab menumpang pada servis yang mereka tawarkan.
Kalau tak nak nama panjang-panjang seperti homestaybajetmelaka.blogspot.com ini, dan anda mahukan nama yang lebih ringkas, sebagai contoh homestaybajetmelaka.com, maka anda perlu beli nama tersebut dari syarikat yang menawarkan servis menjual domain dan hosting.

Salah satu syarikat domain dan hosting kegemaran saya ialah syarikat Netkl Network ini. Boleh dikatakan kebanyakkan nama domain milik saya, saya beli dari syarikat ini.
Jika anda juga ingin beli dari mereka ni, bolehlah buat pembelian menerusi pautan ini.
Bagi mereka yang nak bina laman web menggunakan blogspot sahaja.
Sini ada berita baik untuk anda. Anda sebenarnya boleh menggunakan software ini bagi tujuan pembinaan laman web homestay anda.
Anda boleh lihat sampel laman web yang dibina menggunakan software ini. Sila klik sini untuk lihat sampel.

Untuk makluman anda, laman web diatas juga sebenarnya dibina menggunakan software yang sama.
Pada asalnya, susun atur laman web tersebut biasa-biasa sahaja.
Tapi selepas menggunakan software tersebut, (software blogspot to minisite) ia jadi lebih cantik.
Malahan, jika laman web anda di view menggunakan device yang berbeza sekalipun, ia masih lagi menunjukkan paparan yang menarik.

Lihat pada paparan diatas.
Anda boleh bandingkan paparan yang kelihatan, apabila laman web anda diakses menggunakan smartphone, desktop dan juga original view tanpa menggunakan sebarang software.
Saya pasti, anda juga setuju bahawa hasil view menggunakan software adalah lebih menarik!
Software ini adalah software berbayar.
Tapi jangan risau, sebabnya, pemilik software ini pun ada menyediakan template percuma yang anda boleh gunakan tanpa perlu bayar apa-apa.
Anda hanya perlu ke laman web ini.
Lihat bahagian seperti dibawah ini.

Anda hanya perlu masukkan nama dan juga alamat emel anda. Seterusnya, anda akan menerima sesalinan template yang anda boleh gunakan bagi tujuan pembinaan laman web perniagaan anda.
Cara penggunaan juga akan diterangkan sekali.
Jadi tunggu apa lagi tu? Muat turun segera dan mula cantikkan laman web anda sekarang juga.
Pastikan anda betul-betul puas hati, baru buat keputusan untuk beli... dan bagi yang dah beli tu, jangan bertanggung lagi.
Buatlah seberapa banyak laman web yang anda mampu hasilkan.
Kalau anda ada banyak laman web sekalipun tak ada masalah. Tak ada siapa yang akan marah, sebaliknya ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk anda dapat lebih ramai pelanggan di masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan