Isnin, 25 September 2017

Kenapa penunggang motosikal suka jadi punca berlaku kemalangan jalanraya?


Bila tengok perangai penunggang motosikal apabila berada atas jalanraya, saya rasa mereka ni seolah-olah sengaja menempah maut dan sengaja nak akibatkan kemalangan jalan raya. 


Ada beberapa situasi dan keadaan yang saya cukup benci dengan penunggang motosikal. 


Bukan saya benci dengan semua penunggang motosikal, tetapi saya benci dengan penunggang motosikal yang buat perangai macam yang saya sebutkan ni. 


Saya faham, satu kelebihan menggunakan motosikal berbanding memandu kereta, adalah mereka ni boleh cilok sana cilok sini waktu traffic jam. Mentang-mentanglah saiz mereka ni kecik je. 



Cuma kadang-kadang tu, saya rasakan mereka ni agak selfish atau pentingkan diri sendiri. 


Banyak kali saya nampak, bila dalam traffic jam, ada kereta di depan saya nak menukar lorong, dan dia dah bagi signal untuk tukar lorong, tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang siap main-main hon. 


Apabila berlaku keadaan seperti ini, ada beberapa kemungkinan yang bakal berlaku. 


 
Pertama, penunggang motosikal tu perlahankan kenderaan dan bagi kereta tu lalu. 

Kedua, pemandu kereta tu tadi tak jadi tukar lorong, dan mungkin terlepas peluang untuk masuk ke simpang atau exit yang dia ingin tuju. 

Ketiga, penunggang motosikal tu terus memecut dan terlanggar sedikit kereta yang nak tukar lorong. 

Keempat, penunggang motosikal tu terjatuh dan berlaku kemalangan. 

Kelima, penunggang motosikal tetap teruskan jalan dan perlahankan kenderaan semata-mata nak tendang bumber atau mana-mana bahagian badan kereta yang nak tukar lorong


Semua yang saya sebutkan kat atas ni, pernah berlaku kepada saya, atau pernah jadi kat depan mata saya. 


Ada sebuah kereta yang ingin tukar lorong. Mungkin sebab dia nak keluar di exit berhampiran. Kemudian datang sebuah motosikal dari arah belakang dengan laju sambil membunyikan hon panjang. 


Kereta tersebut tetap teruskan niat asal untuk bertukar lorong. 


Apabila motosikal tu berada dekat dengan kereta yang nak tukar lorong tu tadi, si penunggang terus tendang badan kereta dan memecut laju. 


Saya lihat semua kejadian ni dengan jelas dari belakang.  


Apa benda ni? Beli kat mana lesen motosikal tu? Saya pun dulu belajar bawak moto jugak. Ambil lesen dan kena ikut kelas jugak. 


Tak ada pun instructor ajar untuk tendang kereta atau apa-apa kenderaan yang nak tukar lorong. 


Lagi pun, ko datang dari arah belakang. Sepatutnya ko boleh nampak, kereta tu dah bagi signal dan memang nak tukar lorong. Dalam keadaan tu, dia cuma perlu perlahankan motosikal dia dan bagi kereta tu lalu. 


Apakah susah sangat nak beri laluan kepada orang lain?


Sebenarnya, kalau nak jadi samseng atas jalan, tak semestinya orang tu perlu bawa kereta, bawa truck atau kenderaan yang besar. 


Even kalau cuma bawa moto pun boleh jadi samseng jalanan juga. 


Sikap sesetengah pemandu dan penunggang motosikal ni perlu diubah. Kita marah apabila orang depan kita tak bagi signal untuk tukar lorong atau nak membelok dan masuk ke simpang. 


Tapi, ada juga keadaan, orang tu dah bagi signal tetapi kenderaan lain tak nak bagi laluan pula. 


Posting ni bukan nak menghentam sesiapa atau mana-mana pihak. Cuma nak ajak kita sama-sama ubah sikap. 


Bertoleransilah bila di atas jalan raya. Kemalangan boleh dielakkan, apabila kita sama-sama jaga sikap dan kelakuan.   

https://www.sabreehussin.com/tipskereta
 





 


 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...