Sabtu, 28 Oktober 2017
Kalau RAJIN mesti boleh buat banyak duit!
Saya percaya, ramai yang sedar akan hakikat ini. Orang yang RAJIN selalunya akan dapat hasilkan sesuatu penghasilan yang lebih baik kalau nak dibandingkan dengan orang yang malas.
Kalau kita bicara bab buat duit, rumus yang sama boleh digunakan.
Kalau rajin, In Shaa Allah banyak duit boleh dapat.
Dalam hal ini, tak salah rasanya kalau kita contohi bangsa lain, yang lebih berjaya dari kita. Sama ada lebih berjaya dalam kerjaya mahupun dalam perniagaan.
Kalau diperhatikan, dan diperhalusi... mungkin ada antara anda yang akan sedar, mereka ni sebenarnya mempunyai satu persamaan yang begitu ketara.
Ya, mereka RAJIN.
Orang kita, Melayu terutamanya, jika kurang berjaya, bukanlah sebab kita ini tidak sempurna dari segi anggota badan, ataupun lemah dari segi akal... tidak.
Sebenarnya pucuk pangkalnya ialah RAJIN.
Jumaat, 27 Oktober 2017
Program affiliate yang membayar komisen dua level minima lebih BEST
Program affiliate dan saya. Memang tak dapat dipisahkan.
Semenjak saya mula berjinak-jinak dalam dunia freelancing ni, salah satu pendapatan saya yang konsisten, datangnya dari program affiliate.
Boleh dikatakan, ada banyak juga program affiliate yang saya join. Ada yang saya dah join sejak dari tahun 2009, dan telah menjana pendapatan untuk saya sejak dari awal-awal saya join.
Ada program affiliate yang saya join, cukup liat dan cukup lambat nak dapat komisen. Hanya selepas satu atau dua tahun join, baru berjaya dapat komisen. Ini mungkin atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.
Program yang berbeza, seharusnya dipromosikan dengan cara yang berbeza juga. Bukannya semua nak dipukul rata dan layan sama sahaja.

Kebelakangan ini, saya mula melihat satu trend dan perkembangan yang cukup baik dalam industri affiliate marketing di Malaysia.
Satu per satu, mula muncul program-program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu level.
Salah satunya ialah program affiliate yang dianjurkan oleh AdHance by Ajobthing. Anda boleh klik sini untuk lihat laman web yang saya maksudkan.
Pada mulanya, saya juga tak begitu ambil pusing tentang laman web ini.
Bukanlah maksud saya, saya tak buat marketing langsung untuk laman web ini. Ada buat, cuma tak berapa aggresif.
Selasa, 17 Oktober 2017
Bayaran upah dari Program Mobicow untuk bulan Oktober 2017
Rasa macam something is not right. Beberapa hari kebelakangan ni, income dari program pengiklanan Mobicow saya sangat slow.
Nak kata yang jumlah trafik berkurang... macam tak mungkin. Apabila saya lihat pada statistik blog saya, trafik masih lagi masuk macam biasa.
Saya rasa, mungkin ada masalah somewhere yang menyebabkan iklan Mobicow ni tak display dengan betul.
Satu masa dulu, saya berani nak beli domain ni, sebab saya lihat income dari Mobicow agak konsisten. Setiap bulan, bayaran yang saya dapat memberi isyarat kepada saya, seolah-olah saya boleh beli domain baru setiap bulan.
Baca juga: Jana pendapatan sampingan dan pasif bersama Mobicow
Suddenly, semua tu berubah!

Tiba-tiba, berlaku sesuatu yang menyebabkan income turun.
Langgan:
Catatan (Atom)