Sabtu, 28 Oktober 2017
Kalau RAJIN mesti boleh buat banyak duit!
Saya percaya, ramai yang sedar akan hakikat ini. Orang yang RAJIN selalunya akan dapat hasilkan sesuatu penghasilan yang lebih baik kalau nak dibandingkan dengan orang yang malas.
Kalau kita bicara bab buat duit, rumus yang sama boleh digunakan.
Kalau rajin, In Shaa Allah banyak duit boleh dapat.
Dalam hal ini, tak salah rasanya kalau kita contohi bangsa lain, yang lebih berjaya dari kita. Sama ada lebih berjaya dalam kerjaya mahupun dalam perniagaan.
Kalau diperhatikan, dan diperhalusi... mungkin ada antara anda yang akan sedar, mereka ni sebenarnya mempunyai satu persamaan yang begitu ketara.
Ya, mereka RAJIN.
Orang kita, Melayu terutamanya, jika kurang berjaya, bukanlah sebab kita ini tidak sempurna dari segi anggota badan, ataupun lemah dari segi akal... tidak.
Sebenarnya pucuk pangkalnya ialah RAJIN.
Kita masih lagi kurang, dalam elemen rajin.
Pada hari ini, kita mungkin susah nak lihat, bangsa lain yang lebih berjaya dari kita, menunjukkan sikap rajin depan mata kita.
Macam saya sendiri, saya ada bisnes kedai runcit sendiri. Bila ada buat bisnes kedai runcit, saya juga berkawan dengan pemilik kedai dari bangsa lain.
Tauke-tauke cina sudah tentu.
Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan tauke ni menguruskan perniagaan keluarga. Bisnes yang mereka jalankan sekarang, adalah bisnes yang diperturunkan dari generasi sebelum ini.
Awal-awal dulu, mereka (datuk atau moyang mereka) juga bermula dari bawah. Dari tak ada apa-apa. Dengan susah payahnya. Namun, setelah berusaha tanpa kenal erti jemu, akhirnya mereka berjaya bina perniagaan.
Apabila mereka sudah tua, atau telah meninggal dunia, perniagaan tersebut diturunkan kepada generasi seterusnya. Kiranya, generasi yang baru hanya perlu meneruskan legasi perniagaan sedia ada, tanpa perlu susah payah nak mula dari bawah.
Itu yang saya lihat kelebihan yang ada pada mereka.
Generasi sebelum, membina sebuah perniagaan yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.
Keturunan mereka terus menyambung legasi perniagaan.
Ini berbeza dengan corak bisnes orang Melayu. Contohnya, kakak saya sendiri. Dia berniaga kuih muih dan nasi lemak.
Perniagaan tersebut, memang cukup untuk tampung kehidupan dia dan anak beranak. Tapi kalau nak cerita lebih jauh, sehingga perniagaan tersebut boleh diwariskan hingga ke generasi akan datang... itu belum tentu.
Besar kemungkinan, lepas ni kalau dia dah tak nak berniaga, dia akan tutup kedai.
Kemudian, kalau ada dalam keluarga, yang nak berniaga nasi lemak atau kuih muih, dia terpaksa mula semula dari bawah.
Istilah bisnes keluarga, nampak gayanya memang cukup asing, bagi kebanyakkan orang Melayu.
Dalam hal ini, saya berpendapat, kita patut contohi kaum lain dan belajar sesuatu dari mereka.
Bercakap tentang bisnes legasi, atau perniagaan yang boleh diwariskan, saya kini menceburi bidang pembangunan laman web.
Apa yang saya buat, saya hasilkan laman web, seberapa banyak yang boleh dan bangunkan laman web tersebut sampai boleh jana pendapatan. Saya tak target banyak pun.
Jika satu laman web dah boleh hasilkan RM200 setiap bulan, saya dah cukup gembira.
Cuma, kalau satu laman web cuma dapat hasilkan RM200, saya kenalah buat lebih banyak laman web. Misalnya, kalau saya target pendapatan sebanyak RM5,000 setiap bulan, maka saya perlu ada sekurang-kurangnya 25 buah laman web yang mampu untuk menyumbangkan pendapatan sebanyak RM200 setiap bulan.
Jika saya dah tak ada kelak, laman web ini semua saya boleh wariskan kepada ahli keluarga saya.
Ada yang mereka kena renew, dan ada laman web yang tak perlu renew.
Kalau kena renew sekalipun, bukannya mahal sangat. Kebanyakkan laman web yang saya hostkan menggunakan servis NetKL, kos langganan adalah sekitar RM60 sahaja setahun. Tak mahal sangat pun.
Saya rasa, RM60 setahun bukannya mahal sangat pun kan... Dengan andaian laman web tersebut, akan menyumbangkan RM5,000 income setiap bulan.
Sebenarnya, untuk orang yang memang dalam kategori rajin, saya ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan anda.
Pernah dengar tentang program affiliate Involve Asia tak? Menerusi program ini, anda berpeluang untuk mempromosikan macam-macam jenis produk dari pelbagai merchant. Ini antaranya.
Dalam list kat atas ni, tak salah kalau saya katakan, yang paling popular adalah laman web Lazada Malaysia.
Potensi pendapatan, apabila mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web tersebut sebenarnya memang tiada hadnya.
Semuanya bergantung kepada kerajinan dan usaha.
Kalau anda rajin, anda sanggup usaha lebih, In Shaa Allah pendapatan yang bakal diperolehi juga boleh dapat lebih banyak.
Kalau rasa income dari mempromosikan produk-produk lazada masih tak cukup banyak, tak payah khuatir, sebabnya masih ada banyak lagi laman web yang anda boleh promosikan, yang pastinya dapat menambah dan meningkatkan lagi pendapatan anda kelak.
Untuk itu, kena daftar dulu sebagai ejen di laman web Involve Asia. Anda boleh buat pendaftaran secara percuma sahaja menerusi link ini.
Serius saya katakan, apa yang saya ceritakan ini, masih lagi lebih baik kalau nak bandingkan dengan macam-macam program yang pelik-pelik yang ada kat luar sana.
Program tu semua, walaupun kononnya kita boleh jadi kaya, boleh jadi jutawan, namun belum ada sebarang bukti atau jaminan yang kita benar-benar akan terima bayaran.
Persoalan seterusnya, yang masih lagi menjadi satu misteri... Nak buat ke tak?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan