Khamis, 17 Mei 2018

Pernah dengar nama Jutawan App?


Pernah dengar nama Jutawan App tak?


Saya pernah tulis artikel review dan pandangan saya tentang so called applikasi ajaib ini dalam blog saya. Anda boleh baca posting tersebut yang berjudul Review dan pandangan saya tentang Jutawan App - Adakah ianya satu penipuan





Artikel tu saya tulis selepas saya baca laman web Jutawan App tersebut. 


Saya jadi berminat nak tahu pasal app ni, puncanya apabila emel saya asyik menerima emel-emel promo daripada ahli yang mempromosikan program/produk/servis ini.


Saya pun tak berapa pasti, nak klasifikasikan ia sebagai apa benda. 


 
Harapan dan semangat menggunung nak berjaya bila join Jutawan App 

Saya percaya, tak ada seorang pun yang nak join benda ni, sebab saja-saja nak bazirkan duit.


Kalau boleh, semua orang nak berjaya. Kalau tak dapat jadi jutawan, dapat sipi-sipi pun dah puas hati. 


Cuma setakat ni, saya tak jumpa lagi, yang betul-betul berjaya buat duit dengan sistem ini. Bukannya saya nak kata, orang tersebut tak wujud, cuma mereka ni low profile dan tak nak memunculkan diri.


Program ini, ia memang berisiko. 


Hanya mereka yang sanggup tanggung risiko je yang patut masuk program seumpama ini. Bila masuk tu pula, kena bersedia, duit anda akan hilang sepenuhnya dan masa anda juga akan terbuang begitu sahaja. 


Saya ringkaskan. 


Risikonya ialah, 

1. Duit modal anda akan hilang.

2. Masa akan terbazir. 

3. Tenaga anda akan terbuang. 


Dan selepas melalui tiga perkara tu, anda masih kekurangan duit, masih lagi terpaksa hidup susah, masih lagi tidak bergelar jutawan. 


Itu risikonya. 


Pada saya, saya suka melihat dan menilai sesuatu program dari sudut peluang dan risiko. Adakah faktor risiko lebih besar berbanding faktor peluang? 


Kalau risiko lebih besar, memang maaf la. Saya akan cari benda lain. Tapi kalau saya dapati, peluang untuk berjaya lebih cerah, saya sanggup untuk tanggung risikonya. 


Dan kalau ditakdirkan saya gagal sekalipun, saya tak akan menyesal, sebabnya saya tahu, saya gagal setelah saya membuat penilaian yang sewajarnya. Setiap keputusan, bukan semata-mata atas sebab emosi. 


Jangan kelabu mata bila dibentangkan dengan peluang buat duit beribu-ribu ringgit. 


Realiti sebenar, ia mungkin tak seperti yang anda bayang atau harapkan.     
 




 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...