Khamis, 7 Jun 2018

Boleh tak kalau minta sedekah tu jangan sampai memaksa-maksa?


Bulan puasa ni, salah satu amalan yang paling baik untuk dilakukan adalah amalan bersedekah. 


Pada bulan ini, ganjaran yang akan diberikan In Shaa Allah berlipat ganda lagi besar berbanding bersedekah pada bulan-bulan biasa. 

Baca juga buku berjudul: Ajaibnya sedekah semakin sedekah semakin kaya


Sekarang ini, saya rasa agak kecewa, apabila ada sesetengah manusia yang menjadikan amalan minta sedekah sebagai satu kerjaya. 


Tak mustahil, kalau ada title peminta sedekah profesional kat luar sana tu. Bila memikirkan perkara-perkara macam ni, secara automatik saya mula rasa geram. 


Kadang-kadang tu, timbul juga persoalan, mereka ni betul-betul hidup susah ke? Ataupun sebenarnya hanya berlakon susah, sedangkan duit kutipan sedekah yang disumbangkan oleh orang ramai, ada sangat banyak

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan lafaz hadis ini sesuai lafaz Bukhari daripada Hakim bin Hizam r.a., bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya

“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Cukupilah nafkah orang yang menjadi tanggunganmu terlebih dahulu (sebelum memberi kepada yang lebih jauh). Sedekah yang paling utama adalah yang diberikan setelah sekadar dipenuhi keperluan asas. Sesiapa yang menjaga kesucian diri, maka Allah akan menjaga kesucian dirinya. Sesiapa yang merasa cukup (sehingga mampu menjaga diri dari meminta-minta) maka Allah akan memberikannya kecukupan.” (Riwayat Al-Bukhari no. 1427 dan Muslim no. 1034) 

Hadis diambil dari Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin

Saya cukup terkesan dengan hadis ini, apabila membaca ayat yang saya bold kan tu. Cukupilah nafkah orang yang menjadi tanggunganmu terlebih dahulu...


Kalau dalam famili, ada yang susah, utamakan untuk tolong famili kita sendiri, daripada sibuk nak bantu orang lain. Kita tak kenal pun orang tu, dan bila kita nak beri sumbangan, kita hanya boleh bersangka baik, yang orang tu betul-betul susah dan perlu bantuan. 


Tapi kalau bersedekah kepada famili sendiri, at least kita tahu, dia memang susah dan tahap mana kesusahan dia. 


Minta sedekah tu tak payah paksa-paksa tak boleh ke? 

Saya banyak juga lalui pengalaman jumpa orang yang minta sumbangan ini. Kebanyakkan yang saya jumpa, saya memang cukup tak berkenan dengan cara mereka ni. 


Bila saya kata, saya tak nak beri sumbangan, mereka mula paksa. 

"Derma ikhlas RM1 pun boleh bang..." 


Habis tu ko ingat kalau aku bagi ko 10 sen, aku tak ikhlas? Atau kalau aku bagi ko RM1,000 aku tak ikhlas?   


Bila dia guna teknik diskaun macam tu, nampak sangat seperti ada sesuatu yang tak kena. 


Seolah-olah, dia tak nak balik dengan tangan kosong. Macam amalkan formula, at least seorang rakyat Malaysia derma RM1, kalau ada 27 juta orang, maka boleh dapat RM27 juta


Dulu masa kat hentian R&R Sungai Buloh pun saya berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama. 


Ya, awak ada hak nak minta kepada sesiapa yang awk nak minta. Namun, saya ada hak nak beri kepada awak ataupun tidak. 


Harta saya, ada lagi yang lebih layak untuk terima. Sedekah tu bukannya wajib. Yang wajib tu ha, bagi nafkah kepada tanggungan, bayar hutang dan sebagainya. 


Tahu awak mungkin tengah susah... tapi jangan fikir orang yang awak paksa-paksa tu hidup senang. Mungkin orang yang awak minta-minta tu, hidupnya lebih susah dari hidup awak, cuma bezanya dia tak meminta-minta. 


Itu sahaja.  

Baca juga: Memakan makanan Hasil Usaha Sendiri adalah lebih baik daripada meminta-minta

 


  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...