Khamis, 28 Jun 2018

Soalan yang sering ditanyakan apabila mula kerja dari rumah


Awal pagi, kemas rumah. Bersihkan apa-apa yang patut. 


Sampah yang ada, kumpulkan dan masukkan dalam satu beg, lepas tu bawak pergi buang dekat tempat pembuangan sampah yang disediakan. 


Bila nak pergi buang sampah ni... kadang-kadang akan terserempak dengan jiran-jiran yang peramah. 


Soalan biasa yang akan ditanya... 


"Tak kerja ke hari ni?" 

"Cuti ke hari ni?" 

 
Alahai... orang kita masih tak biasa dengan orang yang bekerja dari rumah. Kalau tengok selalu sangat ada kat rumah, terus dia ingat orang tu tak bekerja. 


Saya rasa, dah agak lama jugak saya tinggalkan baju kemeja dan blazer. Itu bukan lagi pakaian harian saya untuk bekerja. 


Kadang-kadang, (and most of the time) saya hanya berkain pelikat je bila buat kerja. For me, asalkan ada laptop dan internet yang cukup pantas, saya dah boleh buat kerja.


 
Saya kerja sendiri. Saya kerja dalam bidang sales and marketing. Kebanyakkan masa saya, saya akan buat marketing, sama ada untuk syarikat-syarikat besar, sederhana, kecil mahupun untuk orang perseorangan. 


Macam sebelum ini, saya pernah berikan khidmat marketing kepada individu yang nak buat duit melalui pemasaran affiliate. 


Masalahnya ialah, dia tak ada masa nak buat marketing dan tak berapa pandai nak tulis artikel. Jadi, dia dapatkan khidmat pemasaran dari saya. 


Alhamdulillah, dari artikel-artikel yang saya hasilkan, berjaya juga dapat sales.  Ini buktinya. 


Saya ada cerita tentang hal ini, dalam artikel saya yang bertajuk Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Oktober 2017


Lepas berjaya dapat komisen ini, dia masih lagi dapat komisen dari klikjer, cuma saya pun dah tak tanya sangat. 


As long matlamat nak buat duit tu dah tercapai, saya kira dah cukup baik. 


Berapa caj yang saya kenakan untuk dia dapatkan khidmat ni dari saya? Tak sampai RM215 pun. Tak salah kalau saya katakan, dia sebenarnya dah untung berkali ganda, berbanding apa yang dia bayar pada saya. 


Lagi satu yang anda perlu tahu, dari artikel yang saya dah hasilkan sebelum ini, ia masih lagi menyumbang sales sampai ke hari ini.   
    

Haha 


Itulah dia, serba sedikit cerita saya bila berkecimpung dalam bidang pemasaran dan jualan ni. 


Ya, saya suka bidang ini, sebab ia boleh dilakukan hanya dari rumah. 


Taip-taip artikel, semak apa yang patut, masukkan beberapa link yang boleh buat duit, seterusnya tekan publish. Settle. Cukup masa dapat duit. Senang, kan? 


  



 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...