Anda nak buat bisnes online tapi tak pandai nak bina laman web yang cantik-cantik?
Untuk mereka yang memang serius nak jadi usahawan online secara sepenuh masa, mempunyai laman jualan untuk setiap produk yang dijual adalah satu perkara yang begitu penting.
Tak kiralah apa benda yang anda jual. Sama ada anda menjual produk mahupun perkhidmatan.
Apabila anda memiliki laman web anda sendiri, ia akan memudahkan bakal pelanggan memahami apa sebenarnya perkhidmatan yang anda tawarkan, dan dari situ, mereka boleh buat keputusan, sama ada nak dapatkan khidmat dari anda atau sebaliknya.
Mereka yang terlalu fokus dengan bisnes, yang hanya mahu beri tumpuan kepada memberi perkhidmatan terbaik, selalunya memang tak ada masa nak buat website jualan sendiri.

Membina website untuk bisnes online, walaupun pada hakikatnya ia tak sesukar mana, namun bagi mereka yang tak biasa, kerja-kerja ini boleh melambatkan perjalanan bisnes mereka.
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, semasa saya baru mula menceburkan diri dalam perniagaan online, saya ambil masa kira-kira dua hari untuk siapkan sebuah website bagi tujuan perniagaan.
Saya perlu peruntukkan masa untuk belajar cara-cara mengendalikan perisian Adobe Dreamweaver.
Bila dah tau guna sikit-sikit, perlu ambil masa untuk edit dan upload gambar, masukkan ayat-ayat jualan (ayat copywriting) dan kerja semakkan akhir.
Kadang-kadang bila dah siap semua tu, hasil akhir masih kurang memberangsangkan. Tiba-tiba ada bahagian yang senget, alignment tulisan tak teratur dan sebagainya.
Ini dah tentu memberi gambaran yang tak berapa baik, bagi pelawat yang melayari laman web saya.
Mujurlah sekarang ni, anda dah tak perlu lagi nak lalui semua itu. Sekarang ini, dah wujud banyak template yang anda boleh gunakan untuk bina minisite.
Ini antaranya.

Ada kira-kira 25 template minisite untuk blogspot yang anda boleh muat turun dari laman web ini.
Walaubagaimanapun, template ini BUKAN PERCUMA.
Ia ditawarkan dengan harga RM1 untuk setiap template yang disediakan disitu. Ada ketikanya, anda kena berhati-hati dengan template percuma dari blogspot.
Sesetengah template percuma, pemiliknya dah masukkan kod tertentu dalam template tersebut. Kod tersebut pula akan bertindak sebagai spy atau silent promotional tools kepada pemilik template asal.
Ada kod-kod yang tak berapa bagus untuk laman web anda. Yang ini, kena ada serba sedikit pengetahuan tentang coding, baru senang faham apa yang saya cuba sampaikan.
Untuk pengetahuan anda, blog yang anda sedang baca sekarang ini, dibina menggunakan perisian blogspot. Saya sebelum ini pernah beli domain untuk menggantikan perkataan blogspot supaya tak muncul dalam blog ini.
Nama asal blog ini adalah mohdsabree.blogspot.com
Setelah saya beli domain, nama yang baru ialah mohdsabree.com
Sudah tentu, ia lebih ringkas dan nampak lebih profesional, kan? Ini cara untuk beli domain profesional untuk blog PERCUMA blogspot. Boleh baca jika anda berminat nak tahu bagaimana saya lakukan.
Sebagai salah seorang yang memang menggunakan platform online untuk dapatkan jualan, saya amat recommend anda untuk dapatkan template ini.
Macam-macam laman web untuk pelbagai produk anda boleh bina menggunakan template ini.
Oleh kerana blogspot tu percuma, maka disitu adalah satu keuntungan yang sangat besar untuk anda. Banyak yang anda boleh jimat dengan menggunakan perisian percuma dari blogspot.
Lepas ini, boleh ucap selamat tinggal kepada laman jualan yang hodoh tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan