Ahad, 1 Julai 2018

Jam tangan jenama Casio dengan fungsi Step Tracker


Saya pernah ada hasrat nak dapatkan sekurang-kurangnya satu peranti yang boleh digunakan untuk menyukat, berapa banyak jumlah langkah yang saya dah buat dalam satu-satu masa. 


Sebelum ni, saya jatuh hati dengan gadget Xiaomi Mi Band 2 ini. 

Saya rasa lah kan... bila ada peranti macam ini, secara tak langsung, ia akan buatkan saya rasa lebih semangat nak lakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki. 


Saya banyak juga berjalan, cuma tak tau, berapa banyak langkah yang dah dilakukan dalam sehari. Mungkin, dengan adanya peranti macam Xiaomi Mi Band 2 keluaran Xiaomi ini, ia dapat memberi saya lebih motivasi untuk jaga kesihatan.  



Oleh sebab sampai sekarang ini, saya masih lagi belum pernah beli sebarang gadget yang boleh sukat berapa langkah yang telah dilakukan, saya jadi tawar hati dan dah hilang minat nak pakai benda ini. 


Lagi satu, sebenarnya saya dah mula jatuh hati dengan jam tangan Casio yang ada fungsi Step Tracker. 


Ini antara model jam tangan jenama Casio yang ada fungsi tersebut. 

 
Dari segi design, saya rasa ianya berkali ganda lebih cantik dan menawan berbanding design yang begitu simple, seperti Xiaomi Mi Band 2 kan. 


Bagi orang yang tak tau, pasti akan anggap jam tangan Casio G-Shock ini, adalah jam tangan biasa-biasa sahaja. Padahal, ia ada fungsi Step Tracker


Buat pemakai jam ini, mereka boleh tahu, dalam sela masa tertentu, berapa langkah yang telah dilakukan. 


Nak target sehari buat sekurang-kurangnya 5,000 langkah? 10,000 atau lebih dari itu? Semuanya boleh. 


Macam mana? Anda pun rasa minat nak sambar satu jam tangan casio yang ada fungsi step tracker ni? Boleh lihat dekat laman web ini atau boleh juga tengok pada halaman milik penjual jam disini


Cuba lihat dia punya design ini. 

   
Boleh tahan menarik juga kan!  



 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...