Khamis, 27 September 2018

Masa bekerja yang ideal


Waktu paling seronok untuk bekerja, bagi saya adalah pada lewat malam. Malam tu, tak ada lah malam sangat. 


Lebih kurang atas pukul 12 macam tu pun ok. Saya dapati, daya kreativiti, tenaga dan semangat saya nak bekerja sangat membuak-buak pada waktu tu. 


Dulu, saya tak perlu risau nak kena drive jauh-jauh awal pagi, jadi saya rasa tak ada masalah kalau nak tidur jam 3 pagi atau 4 pagi sekalipun. 


Sekarang ini, sejak beberapa bulan yang lepas, jadual saya mula berubah. Dulu setiap pagi, saya cuma perlu drive sejauh lebih kurang 4 atau 5 km sahaja. 


Dari rumah ke stesen LRT. 


Tapi tak lama lepas tu, ada yang demand, mintak saya hantar sampai ke ofis. Maka perjalanan bertambah, dari hanya 4 atau 5 km, menjadi 23 km atau mungkin lebih. 




Jalan raya di KL ini, waktu awal pagi pun dah mula jam. Walaupun saya keluar rumah sebelum jam 630 pagi, ia tetap sesak. Masa ini, dah ramai warga kota berpusu-pusu keluar untuk mencari rezeki. 


Saya tak kisah tentang kena drive jauh tu. Apa yang saya risaukan ialah, terpaksa tempuh kesesakan jalan raya. 


Kalau jalan straight, saya tak rasa mengantuk. Tapi, kalau jalan sekejap berhenti, jalan sekejap kena berhenti lagi sekali... itu yang buatkan saya sangat mengantuk. 


Sesekali, saya juga kena waspada dengan penunggang motosikal yang suka mencilok ikut celah-celah kenderaan.


Sejak hari itu, saya dapat lihat produktiviti kerja saya sangat teruk. Ia menurun dengan sangat drastik. 


Mujurlah, pendapatan saya tidak menurun, dan some of it menunjukkan adanya peningkatan. 


Saya rasa, peningkatan dari segi pendapatan itu, mungkin berpunca daripada kerja-kerja dan penat lelah saya selama ini, stay up untuk menulis dalam blog-blog saya.


Perubahan perlu dilakukan. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah


Tak bolehlah nak selfish sangat. Tak kan sebelah pihak je yang nak jaga produktiviti, manakala pihak yang satu lagi tu? Tak perlu nak jaga produktiviti ke? 


Ini salah satu alasan, kenapa ada banyak blog saya yang terbengkalai. Saya terpaksa adjust masa kerja kepada satu masa yang baru, yang mana, masa kerja tersebut sangat tak sesuai untuk saya kerja.


Saya lebih sesuai kerja pada waktu malam, tetapi dipaksa kerja pada waktu pagi. 


Saya dah cuba, at least, tapi hasilnya? Saya tak boleh kerja waktu tu, dan saya kena kembali kerja pada waktu yang saya memang produktif. 


Ya, ini bermakna, perubahan dan rombakkan perlu sekali lagi dilakukan!     





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...