Selasa, 30 Oktober 2018

Sambil bercuti sambil bekerja, sambil bekerja sambil bercuti


Saya rasa, masa macam berlalu dengan sangat pantas. Saya rasakan seolah-olah, macam baru semalam saya balik bercuti dari Kundasang, Sabah


Tapi sebenarnya, dah hampir sebulan ia berlalu. 


Aduhai. Mood masih lagi dalam mode bercuti. Saya rasa, kan bagus kalau satu hari nanti, saya boleh bekerja sambil bercuti

 

Sambil bercuti saya bekerja. 


Nampak macam tengah bercuti, tapi sebenarnya tengah bekerja. 


Nampak macam tengah bekerja, tapi rupanya tengah bercuti.


 
Saya ada janji dengan beberapa orang kenalan saya di Sabah, yang bila dah balik ke semenanjung nanti, saya akan bantu promosikan bisnes travel yang mereka jalankan. 


Ada yang merupakan pengusaha bisnes kereta sewa Kota Kinabalu. Yang ini, saya dah siapkan artikel promosi untuk diorang semua. 

Baca disini: Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu 


Ada juga yang menjalankan bisnes homestay bajet di Kota Kinabalu. Ini dah lama saya siapkan artikel promosi untuk bisnes miliknya. 

Baca disini: Homestay di Kota Kinabalu – ED Homestay menawarkan tempat penginapan berdekatan Airport Kota Kinabalu


Selebihnya, saya nak tulis beberapa lagi artikel dalam bentuk travelog untuk berkongsi pengalaman saya kunjungi tempat-tempat tumpuan pengunjung yang terdapat di sekitar Kundasang, Ranau dan juga Kota Kinabalu. 


Maklumlah, bukan semua orang yang tinggal di semenanjung ini, pernah sampai ke Sabah. 


Contohnya dalam keluarga saya sendiri. Pun masih ramai yang tak pernah lagi sampai ke Sabah. 


Maklumlah, kos untuk pergi bercuti bukannya murah. Saya ada cerita, macam mana nak berjimat apabila pergi bercuti. 

Baca disini:  Cara berjimat sehingga RM120 untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti dalam dan luar negara


Promosikan bisnes dengan kos yang rendah sepanjang tahun 

Salah satu cara yang cukup berkesan untuk promosikan sebarang bisnes, dengan kos yang rendah adalah melalui blog. 


Cara kerjanya sangatlah mudah. 


Tulis satu artikel promosi dalam blog, dan siarkan. Seterusnya, biarkan artikel tersebut masuk ke halaman pertama google untuk kata kunci yang kita memang dah sasarkan. 


Lihat kesannya seperti dibawah ini. 

 

Artikel yang saya tulis tu, telahpun dilihat (sama ada dibaca atau tidak) sebanyak 20,145 kali. 


Jumlah ini pula semakin hari semakin bertambah, tanpa perlu saya buat apa-apa atau tambahkan kos pemasaran. 


Daripada jumlah yang sebegitu banyak, sudah tentu ada yang hubungi kawan saya tu dan buat tempahan, sama ada untuk homestay ataupun untuk kereta sewa.


Sebenarnya memang ada ramai yang tahu, potensi pemasaran menggunakan kaedah review dan juga advertorial ini. Tapi tak tahu kenapa, sama ada sebab kedekut, tak yakin atau atas sebab-sebab yang saya sendiri tak tahu kenapa, ada pemilik bisnes yang tak mahu gunakan kaedah tersebut. 


Tapi, mereka ni berani pulak nak spam blog-blog dan artikel yang saya tulis untuk promosikan bisnes yang mereka jalankan. Memalukan, kan. 


Kalau untuk iklankan bisnes sendiri pun tak sanggup nak bayar, kedekut pulak tu, saya tak boleh bayangkan, macam manalah agaknya servis yang mereka tawarkan nanti. 


Entah-entah level kedekut jugak agaknya la. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...