Rabu, 14 November 2018

Cara saya bantu kawan yang ada masalah duit


Saya cuba membantu seberapa banyak yang boleh, kawan-kawan yang dalam kesusahan dan yang ada masalah kewangan. 


Macam mana cara saya nak bantu kawan yang ada masalah kewangan? Adakah dengan memberi dia pinjaman duit? 


Sudah tentulah jawapannya tidak mungkin. 


Saya juga tak banyak duit. Sebelum mampu nak hulur duit dekat orang lain, untuk kegunaan sendiri pun kadang-kadang tak lepas. 


Ada hutang yang saya terlepas pandang. Tak berjaya nak bayar. Bukannya sengaja tak nak bayar, tapi memang tak ada lebihan duit untuk bayar hutang tu. 


Maka jadilah ia makin panjang, masa yang diperlukan untuk bayar dan selesaikan hutang-hutang tersebut. 


Niat untuk selesaikan hutang-hutang yang ada, tak pernah saya padamkan. Malahan saya sebenarnya berusaha lebih kuat dari sebelum ini, sebab nak fokus kepada bayar hutang.


Cuma yang agak menyedihkan, apabila terkadang tu usaha yang kita berikan masih tak cukup atau tak berhasil. Tak apalah, yang itu mungkin kita boleh anggap yang rezeki masih belum menyebelahi diri ini. 


Jadi, macam mana saya bantu kawan-kawan yang ada masalah duit? 

Oleh sebab saya tak mampu nak bantu dengan memberi wang ringgit, jadi saya cuba bantu dengan cara yang saya mampu lakukan. 

 

Saya kan ada blog.  


Saya juga tawarkan servis penulisan artikel advertorial melalui blog saya. In Shaa Allah, siapa yang ambil servis iklan dari saya, akan dapat jualan yang berpunca dari blog saya. 


 
Namun begitu, saya faham bukan semua orang ada duit lebih untuk berikan saya job berbayar. Saya rujuk kepada kawan-kawan yang memang tengah ada masalah duit. 


Biasanya, untuk kawan dalam kategori ini, saya sendiri akan bantu tulis artikel yang mempromosikan produk tertentu, khusus untuk kawan saya ni. Sebarang pendapatan yang terhasil, daripada kerja penulisan tersebut, sama ada dalam bentuk jualan barang, komisen sebab berjaya jual produk dan sebagainya, ianya akan disalurkan terus kepada rakan yang memerlukan. 


Itu cara paling mudah, yang saya mampu berikan kepada kawan-kawan yang memerlukan. 


Kalau nak saya terus buka walet dan transfer duit masuk ke akaun milik dia, itu memang agak sukar. Tapi, oleh sebab saya ada blog, dan bukannya setakat satu blog ini, setidak-tidaknya saya boleh buat macam tu. 

 
Memanglah tak semestinya saya akan berjaya dapat jualan, dan saya juga selalunya tidaklah menjanjikan secara pasti yang atas hasil usaha yang saya berikan tu nanti, pasti akan dapat duit.  


Tak juga, cumanya bila saya dah nekad nak buat begitu, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kalau daripada usaha tersebut, berjaya dapat komisen, anggap ini rezeki dari Allah. 


Tapi kalau masih belum berjaya dapat sebarang hasil, itu tandanya ada banyak lagi yang perlu dilakukan. (saya kena usaha lebih lagilah nampaknya) 



 





Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...