Isnin, 12 November 2018

Diari kehidupan seorang Internet Marketer


Apa yang kita boleh pelajari, daripada rutin harian seorang individu yang bergelar Internet Marketer

 

Hari ini semua orang adalah Internet Marketer. 


Kalau anda pernah menggunakan mana-mana akaun social media, untuk memberitahu mahupun bercerita tentang sesuatu produk atau pun servis, maka anda sebenarnya telah melakukan kerja-kerja pemasaran. 


Sama ada anda sedar atau pun tidak, anda sebenarnya telah menggunakan internet sebagai satu kaedah untuk menjalankan pemasaran. 


Satu masa dulu, setiap kali kita sebutkan tentang Internet Marketer, ia lebih cocok dengan individu yang menggunakan kaedah pemasaran menggunakan platform seperti laman web atau pun pemasaran melalui emel. 


Tapi kini, kita berada dalam zaman media sosial. 



Orang yang tahu macam mana nak gunakan facebook, atau sebarang laman web media sosial, mereka dah boleh jadi seorang internet marketer. 


Saya rasa, pada hari ini gelaran yang lebih catchy untuk seorang Internet Marketer adalah "social media influencer"


Walaupun laman web media sosial lebih mendominasi trend pemasaran pada hari ini, namun ia bukan bermakna teknik orang lama sudah tak relevan atau sudah tidak berguna lagi. 


Saya sendiri, masih lagi menggunakan beberapa teknik pemasaran yang agak "ancient" sampai ke hari ini. 


Kenapa agaknya saya masih kekalkan teknik pemasaran sedemikian? Jawapannya sangatlah mudah. 


Ia tetap berkesan dan masih lagi berfungsi dengan baik serta memberikan result yang saya mahukan, hingga ke hari ini.  

https://sabreehussin.biz/diari-internet-marketer

Kalau ada yang berminat nak tahu dengan lebih mendalam, tentang bagaimana rutin harian seorang internet marketer, saya syorkan anda isikan nama dan alamat emel anda pada borang diatas. 


Jika anda rasakan, kehidupan sebagai internet marketer ini nanti sesuai dengan citarasa dan kehendak anda, saya ucapkan selamat datang ke dunia sebenar seorang Internet Marketer! 


Anda juga boleh pergi ke pautan ini



 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...