Khamis, 22 November 2018

Macam mana nak buat iklan kalau FB dah kena block?


Masalah FB kena block, sebab terlalu banyak sangat buat iklan. Iklan tu dah jadi macam SPAM. 


Dalam sehari, sampai beribu-ribu iklan yang dihasilkan. Maklumlah, buat iklan guna software atau apps. Software ni pula akan buat kerja copy paste iklan pada group yang pernah disertai. 


Memang tak terasa penatnya. 


Buka software tu, seterusnya biarkan software bekerja dengan sendirinya. 


Tau-tau kita punya iklan dah tersebar dekat berpuluh-puluh group yang kita join. 


Saya tidak menaruh harapan dan kepercayaan terhadap software seperti ini. Pada saya, penggunaan software seperti ini sangatlah berisiko. 


Salah satu kesan negatifnya ialah, kita akan mula dihalang dan disekat untuk buat sebarang posting di group yang kita join. Sekatan ini mungkin terjadi disebabkan pemilik group yang banned posting kita. 




Kalau setakat admin group yang banned kita, itu tak ada masalah. Group lain, kita masih boleh buat posting iklan dengan sesuka hati. 


Tapi awas, kalau sampai pihak FB yang banned kita, kita mungkin akan kehilangan akaun Facebook kita. 


Sampai satu tahap, kita terpaksa beli nombor telefon baru semata-mata nak daftar akaun dengan Facebook.


Satu masa dulu, kalau nak buat akaun facebook, kita boleh daftar guna akaun emel sahaja. Tapi sekarang ini, saya perasan, kita kena ada nombor telefon, jika tidak akaun facebook kita akan disekat dan tak boleh akses. 


Itulah sebabnya, bila dah ada akaun tu jagalah baik-baik. Jangan gunakannya untuk tujuan yang tak sepatutnya. 


Laman facebook atau lain-lain media sosial itu sendiri, kegunaannya untuk bersosial. Bukannya untuk jual barang. 


Sambil-sambil bersosial nak jual barang itu terpulanglah pada anda. Tapi kalau FB digunakan seratus peratus untuk iklan barang semata-mata, sedikit sebanyak ia akan mula menimbulkan rasa kurang selesa pengguna yang lain. 


FB dah kena block dan apa yang perlu dilakukan untuk akan datang? 

Daftar akaun yang baru. 


Kalau matlamat anda adalah nak berniaga, saya syorkan anda carilah platform lain, yang memang diwujudkan khas untuk berniaga. 


Anda tak tau nak berniaga kat mana? 

https://www.sabreehussin.com/bisnes-shopee

Laman web Shopee ini adalah ibarat media sosial yang menghubungkan antara pembeli dengan penjual. 


Nak guna laman web ini pun tak perlu bayar apa-apa. 


Orang yang masuk ke shopee lazimnya sebab nak shopping. Bukan sebab nak bersosial. Kalau cerita dari sudut kuasa beli, memang kuasa beli di shopee ni lebih tinggi berbanding kalau anda jual melalui fb. 


Tak berapa faham maksud kuasa beli yang tinggi?


Kuasa beli ni merujuk kepada kemampuan dan juga kemahuan seseorang itu untuk menjadi pembeli bagi sebarang produk atau servis yang kita jual. 


Jika seseorang itu, memang ada niat nak membeli belah apabila melayari sesuatu laman web, itu bermakna dia ada kuasa beli. 


Tapi kalau orang tu cuma saja-saja nak bersosial, dan berseronok, dia mungkin tak akan beli, walau betapa bagus tawaran yang dihidangkan. 


Sebelum fb block kita, jadi saya syorkan marilah kita sama-sama pindahkan bisnes kita ke laman web Shopee. Lebih selamat dan menguntungkan bila berniaga disana. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...