Khamis, 29 November 2018

Shopping barang lebih jimat dengan laman web Shopee


Serius! Laman web shopee ni memang boleh lawan Lazada dari segi harga! 


Walaupun usia Shopee dekat negara kita ni masih boleh dikatakan agak muda, tapi saya rasa website ini ada masa depan yang sangat cerah! 

 

Saya juga sudah beberapa kali membuat pembelian barangan melalui laman web shopee. 


Satu perkara yang anda patut tahu mengenai laman web Shopee ini ialah, kita bukan sahaja boleh jadi pembeli, malahan kita juga boleh jadi penjual di laman web Shopee


Bila dah mula menjual di laman web Shopee, bermakna sekarang kita dah tak perlu susah payah nak setup website ecommerce kita sendiri. Upload sahaja gambar-gambar produk yang kita nak jual secara online itu melalui platform shopee. 



Jimat berganda apabila membeli di laman web Shopee 

Setiap bulan, saya perlu beli makanan untuk kucing-kucing yang saya bela. Oleh sebab jumlah kucing yang agak banyak, saya terpaksa beberapa kali tukar makanan, daripada premium food kepada yang good quality. 


Sebelum ni masa cuma ada seekor kucing, saya beri dia makan jenama Royal Canin Hair and Skin. Sekarang ni bila dah ada banyak, memang tak mampu nak beli RC. 


Selepas minta pendapat dengan pihak Pet Shop, mereka cadangkan saya bertukar ke jenama Love Cat. Ok la... jenama ni pun ok. 


Kucing saya sukakannya.
  

Satu lagi yang tak kurang pentingnya ialah, makanan ini tidak memudaratkan kesihatan kucing-kucing saya. (Sesetengah makanan kucing menyebabkan penyakit batu karang dan kucing tak boleh buang air kencing.)


Saya ada dengar berita dari pihak Pet Shop tersebut, katanya harga makanan kucing ini akan naik lagi beberapa bulan. 


Sebelum ini, harganya bawah RM140. Itupun setelah ditolak harga member price. 


Tapi sejak akhir-akhir ini, saya beli dengan harga sekitar RM148. Sikit lagi nak cecah RM150. 


Baru-baru ini, saya cadang untuk lihat sama ada makanan kucing ini ada dijual di Shopee ataupun Lazada Malaysia. 


Kemudian saya dapati, memang ada jual dan harganya juga boleh tahan murah! 


Ini yang saya ambil dari Shopee. 

 

Harga dekat Shopee hanya RM122 termasuk caj penghantaran


Ini sangat JIMAT! Sekurang-kurangnya saya boleh jimat sehingga RM20 kalau beli dari Shopee. 


Kalau nak berkira, sebenarnya saya rasa lagi banyak penjimatan yang saya dah perolehi. 


Kita kira duit petrol, toll, parking dan sebagainya. 


Cuma bila kita beli online, yang tak berapa bestnya ialah kita tak tau bila barang tu akan sampai ke depan pintu rumah kita. 


Saya harap satu hari nanti, akan ada teknologi yang mana kita boleh track dekat mana lokasi semasa barang yang kita tempah secara online. Dari situ kita boleh buat anggaran, dalam hari apa atau jam berapa barang tersebut akan sampai pada kita. 


Tak apa. 


Benda ni benda kecik sahaja. Lagipun saya ni kan bekerja dari rumah. Memang boleh dikatakan setiap masa akan berada di rumah.   


Macam yang saya sebutkan sebelum ni, pihak shopee membenarkan individu seperti kita untuk jadi salah seorang seller atau penjual melalui laman web mereka. 


Setakat waktu catatan ini ditulis, tiada sebarang bayaran atau caj atau komisen yang dikenakan oleh shopee kepada seller. 


Maka tak hairanlah kenapa penjual di shopee boleh tawarkan harga yang begitu murah, kalau nak bandingkan dengan mana-mana laman web ecommerce yang popular di negara kita ini. 


Walaupun tak mustahil, penjual yang ada di shopee mungkin adalah orang yang sama yang turut menjual di Lazada, namun kita boleh lihat, perbezaan harga. 


Saya syorkan anda buatlah dulu perbandingan harga sebelum buat sebarang pembelian nanti. 


Saya juga ada mempertimbangkan untuk membuat jualan di laman web shopee. 

 
Ebook yang mengajar cara-cara nak buat bisnes di laman web Shopee juga saya dah beli!


Alhamdulillah, setakat ini memang saya dah faham selok belok berniaga di laman web Shopee. Saya amat mengesyorkan anda muat turun panduan bisnes Shopee ini jika serius nak berniaga. 


Canggih betulkan, sekarang ni kalau anda betul minat berniaga, tak perlu tunggu ada kedai untuk mulakan perniagaan tersebut. 


Anda boleh buat seperti ini. 


Ambil gambar produk yang anda nak jual. Untuk peringkat permulaan, saya cadangkan anda cari pembekal yang berada berdekatan dengan anda. 


Upload gambar produk tu di laman web Shopee. 


Tunggu ada tempahan dari pelanggan shopee. 


Setelah pihak shopee memberitahu anda yang anda telah dapat pelanggan, segera beli produk tersebut dan pos kepada pelanggan. 


Pihak shopee akan bayar kepada anda, bayaran yang pada awalnya dibuat oleh pelanggan tersebut. 


Cuma pastikan anda jual atau letak harga beserta dengan keuntungan yang anda ingin capai. 


Mungkin 10% sebagai untung anda. 


Tak perlu letak banyak sangat kadar untung. Besar kemungkinan barang yang anda nak jual tu, orang lain pun ada jual juga. Kalau anda jual mahal, nanti tak ada orang yang nak beli dari anda. 


Untung tak banyak tak apa. Apa yang penting, anda dapat jual banyak dan kerja-kerja menjual ini tidak terlalu menyusahkan anda. 


Tak perlu nak selalu reply whatsapp bila berniaga melalui Shopee. Tips yang saya berikan ini memang simple, tapi In Shaa Allah ia berhasil untuk bantu anda berbisnes di internet. 


Cubalah dulu. 


Kalau rasa tak puas hati sebab tips terlalu ringkas, saya cadangkan anda download panduan bisnes Shopee ini.    



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...