Isnin, 10 Disember 2018

Cabaran mencari pembekal untuk bisnes di Shopee


Apakah dia cabaran yang perlu dihadapi oleh para usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam bisnes di shopee?



Saya rasa kalau nak diikutkan memang banyak cabaran yang bakal kita hadapi. Itu merupakan satu perkara lumrah dalam dunia perniagaan.  


Kali ini saya akan cerita tentang cabaran yang mungkin paling besar dan yang paling utama yang bakal kita hadapi.


Apa yang saya maksudkan adalah cabaran untuk memilih seseorang yang boleh kita percayai untuk kita jadikan sebagai pembekal bagi perniagaan kita.


Selasa, 4 Disember 2018

Bisnes jual aiskrim di kedai runcit


Aiskrim. 

 

Aiskrim adalah satu barang yang wajib jual di kedai runcit. Anda pernah jumpa kedai runcit yang tak jual aiskrim?


Saya pernah jumpa kedai runcit yang macam itu. 


Itulah kedai runcit saya sendiri. Waktu tu, masih baru lagi dalam menjalankan bisnes kedai runcit. 


Modal pun tak begitu banyak. Jadi pada peringkat permulaan, memang tak dapat nak sediakan peti ais untuk jual aiskrim. 


Tapi lama kelamaan, bila dah makin ramai pelanggan yang datang ke kedai, dan ramai pula yang tanya bila nak jual aiskrim, akhirnya kami ikhtiarkan juga untuk mula jual aiskrim. 


Kami deal dengan syarikat aiskrim, kalau tak silap Wall's Ice Cream. Mereka berikan kami peti dan ais krim tu kita kena beli.


Isnin, 3 Disember 2018

Adakah kerja dari rumah sesuai untuk anda?


Bagaimana kita boleh mengetahui sama ada bekerja dari rumah adalah baik dan sesuai untuk kita atau sebaliknya? 


Saya berpendapat kerja dari rumah ini, bukan untuk semua orang


Ada orang memang sesuai dan mungkin kita boleh katakan dia memang dilahirkan untuk bekerja sendiri dari rumah. Sama ada dia bermula sebagai seorang yang berstatus self-employed atau terus jadi business person


Apa beza antara dua ni, iaitu self-employed dengan business person? 



Saya punya pendapat la kan, bezanya adalah sama ada mereka ini ada modal untuk menjalankan operasi mereka ataupun tidak. Jika ada modal tapi tak banyak, ataupun memang tak ada modal, dia akan bermula sebagai seorang yang self-employed atau bekerja sendiri. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...