Isnin, 3 Disember 2018

Adakah kerja dari rumah sesuai untuk anda?


Bagaimana kita boleh mengetahui sama ada bekerja dari rumah adalah baik dan sesuai untuk kita atau sebaliknya? 


Saya berpendapat kerja dari rumah ini, bukan untuk semua orang


Ada orang memang sesuai dan mungkin kita boleh katakan dia memang dilahirkan untuk bekerja sendiri dari rumah. Sama ada dia bermula sebagai seorang yang berstatus self-employed atau terus jadi business person


Apa beza antara dua ni, iaitu self-employed dengan business person? 



Saya punya pendapat la kan, bezanya adalah sama ada mereka ini ada modal untuk menjalankan operasi mereka ataupun tidak. Jika ada modal tapi tak banyak, ataupun memang tak ada modal, dia akan bermula sebagai seorang yang self-employed atau bekerja sendiri. 


 
Tapi kalau dia ada modal, dia boleh gunakan modal yang dia ada tu untuk jalankan perniagaan dia sendiri. Mana-mana perkara remeh dalam sistem perniagaan yang dia tak nak buat, boleh upah orang untuk buat. 


Saya bagi contoh, kalau dia rasa dia tak nak buat kerja-kerja marketing, atau mungkin tidak memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran, dia boleh ambil staf untuk buat marketing bagi pihaknya. 


Itu satu kelebihan sebagai seorang business person.   


Pada awal-awal dulu, sewaktu saya baru nak belajar macam mana nak mula bekerja dari rumah, saya juga menghadapi beberapa cabaran yang terpaksa saya selesaikan sendiri. 


Ini sangat berbeza dengan kita bekerja dengan orang. 


Semasa bekerja dengan orang lain, setiap kali ada masalah, kita hanya perlu mengadu dan majikan kita yang akan ambil tanggungjawab untuk selesaikan masalah yang kita tengah hadapi. 


Kalau majikan tak bertindak, masalah akan berlarutan, dan ini akan menjejaskan produktiviti kita. Apabila produktiviti kita terjejas, sudah tentu pendapatan dari bisnes yang dijalankan oleh majikan kita itu juga akan turut terjejas. 


Sebaliknya bila kita bekerja sendiri, kita yang perlu ambil tanggungjawab untuk setiap masalah dan juga cabaran yang kita hadapi. 


Cabaran pertama yang perlu saya hadapi ialah, saya tak tau dan tak pandai selok belok bekerja dari rumah! 


Saya kena belajar dan cari sendiri ilmu untuk bekerja dari rumah. Kalau saya tak berbuat sesuatu, memang jangan haraplah ilmu itu akan datang sendiri kepada saya. 


Pada waktu itu, mujurlah ada satu syarikat yang bernama Kliks Solution ini, yang menghasilkan panduan untuk bekerja dari rumah yang diberi nama Jobdirumah. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah

Panduan ini masih ada lagi sampai sekarang, dan kalau anda berminat nak belajar tentang cara bekerja dari rumah, juga boleh berbuat demikian dengan melayari laman web ini


Saya mengikuti beberapa laman web dan juga forum yang membincangkan tentang status Jobdirumah ini. Ada pihak yang mendakwa jobdirumah ini sekadar satu laman web scam semata. 

Baca disini: Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…


Saya pula beranggapan, program jobdirumah ini lebih kepada satu program pembelajaran. Ya, mereka memang tak menjanjikan sebarang peluang pekerjaan kepada ahlinya. 


Tetapi mereka mengajar cara-cara untuk dapatkan pekerjaan. Ada kerja yang murah bayarannya hinggalah kepada kerja-kerja yang menawarkan kadar upah yang begitu tinggi.


Anda perlu tahu, dimana boleh cari kerja-kerja ini, dan perlu tahu juga bagaimana nak bersaing dengan ratusan malahan mungkin ribuan freelancer lain bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. 


Pada saya panduan yang disediakan oleh pihak jobdirumah itu memang membantu saya. Tapi kalau ada orang lain yang merasakan panduan itu langsung tak berguna, saya anggap ia sebagai pendapat peribadi individu tersebut sahaja.


Isu produktiviti apabila bekerja sendiri 

Apabila bekerja sendiri, tiada siapa yang akan monitor kerja kita. Semuanya terpulang dan terserah kepada kebijaksanaan kita untuk atur jadual harian kita. 


Kalau sebelum ini, semasa bekerja dengan majikan, kita boleh bekerja sekurang-kurangnya 8 jam dalam sehari, sepatutnya bila kerja sendiri pun kita kena peruntukkan jumlah masa yang sama. 


Bezanya kita boleh jadi lebih fleksibel dengan pengurusan masa kita. Tak semestinya kita wajib mula kerja jam 9.00 pagi setiap hari. Tak semestinya. 


Cuma sebaik-baiknya, kita kenalah pastikan dalam sehari itu kita bekerja sekurang-kurangnya 8 jam atau lebih. 


Dari pengalaman saya, bila kerja sendiri ini, kita kena bekerja lebih masa hingga berbelas jam lamanya pada peringkat permulaan kalau kita nak dapatkan pendapatan yang selesa. 


Gangguan di tempat kerja 

Jangan tak tahu, kerja dari rumah ni walaupun kita bekerja sendiri, gangguan itu tetap ada. 


Ini bermakna, sebelum nak buat keputusan yang begitu besar untuk bekerja sendiri dari rumah, kena tahu juga sama ada rumah anda itu nanti sesuai atau tidak untuk dijadikan tempat bekerja. 


Saya perhatikan, rumah yang terdapat ramai orang yang tinggal didalamnya dan anda pula tidak mempunyai personal space, agak sukar nak bekerja ditempat itu. 


Pasti akan ada sahaja teguran, pertanyaan atau percubaan untuk berbual ketika anda sedang bekerja. 


Ini serba sedikit bakal mengganggu fokus dan produktiviti anda pada hari itu. 


Saya bekerja sebagai seorang penulis artikel. Saya rasa amat terganggu kalau waktu saya sedang fokus untuk menghasilkan satu artikel tiba-tiba ada orang disekeliling yang tanya soalan-soalan yang tak berkaitan dengan kerja yang saya sedang lakukan. 


Misalnya 

1. Ada nampak remote TV tak?

2. Dah makan sarapan ke belum?

3. Dekat mana nak cari burger yang sedap ya?


Soalan-soalan remeh macam ni, walaupun mudah untuk dijawab, namun ia sebenarnya mengganggu momentum kerja kita.


Nasihat ringkas untuk yang nak cuba kerja sendiri 

Kehidupan yang bakal kita lalui bukannya satu kehidupan yang mudah. Namun tak juga begitu susah.


In Shaa Allah dengan berbekalkan ilmu yang betul, semua orang pasti dapat survive dalam bidang ini. 


Lagipun rezeki itukan datangnya dari Allah SWT. Kita jaga hubungan kita dengan Allah, dengan sebaik-baiknya, In Shaa Allah dia akan turunkan rezeki untuk kita. 


Itu yang utama. 


Kemudian dari segi teknikal, saya harap anda dapat belajar macam mana cara nak lihat sesuatu perkara itu melalui gambaran penuh. 


Orang putih kata, see the big picture


Kerja sendiri dari rumah ni mungkin akan jadi salah satu sumber pendapatan yang penting untuk kita satu masa nanti. 


Peringkat permulaan, kalau income dia slow tu, kita bersabarlah. Anggap ia sebagai satu proses pembelajaran. Tapi percayalah, kalau kita dah buat benda ini hampir 10 tahun, lama kelamaan pasti kita akan jadi salah seorang yang pakar dalam kerja kita. 


Dengan pengalaman sebegitu panjang, tak kan masih dalam peringkat newbie lagi kan? Pendapatan kita akan naik, selari dengan kepakaran dan kualiti hasil kerja yang kita berikan. 


Bila kita mampu melihat the big picture, kita akan mula faham bagaimana process flow apabila kerja sendiri ni. 


Kita akan nampak, bagaimana pada peringkat permulaan, kita bermula dengan langsung tak ada job, tak ada projek hinggalah kepada satu tahap kita menerima banyak tawaran kerja. 


Waktu itu terpulanglah pada kita sama ada nak buat kerja tersebut ataupun tidak.  


Perkara yang saya cerita dalam ini, kebanyakkannya tidak akan berlaku dalam masa satu hari. 


Ianya perlu masa.


Suka ataupun tidak, ianya perlu dilakukan. 


Jika anda tak bertindak, bimbang nanti sampai bila-bila anda masih tak ada satu kerja pun yang boleh dilakukan dari rumah bagi menghasilkan pendapatan tambahan. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...