Selasa, 4 Disember 2018

Bisnes jual aiskrim di kedai runcit


Aiskrim. 

 

Aiskrim adalah satu barang yang wajib jual di kedai runcit. Anda pernah jumpa kedai runcit yang tak jual aiskrim?


Saya pernah jumpa kedai runcit yang macam itu. 


Itulah kedai runcit saya sendiri. Waktu tu, masih baru lagi dalam menjalankan bisnes kedai runcit. 


Modal pun tak begitu banyak. Jadi pada peringkat permulaan, memang tak dapat nak sediakan peti ais untuk jual aiskrim. 


Tapi lama kelamaan, bila dah makin ramai pelanggan yang datang ke kedai, dan ramai pula yang tanya bila nak jual aiskrim, akhirnya kami ikhtiarkan juga untuk mula jual aiskrim. 


Kami deal dengan syarikat aiskrim, kalau tak silap Wall's Ice Cream. Mereka berikan kami peti dan ais krim tu kita kena beli.


 
Urusan dengan pihak pembekal ais krim ini bukan saya yang handle. Jadi tak banyak maklumat yang boleh saya cerita dalam ni. 


Kalau anda ada kedai runcit, dan minat nak jual ais krim juga, saya rasa baik anda bermula dengan laman web rasmi syarikat mereka di



Untung jual ais krim seperti ni, tak begitu banyak. Harga beli ais krim itu telah ditetapkan. 


Begitu juga dengan harga jual. 


Semua pihak syarikat yang tetapkan. Peranan kita hanyalah tolong jualkan sahaja. 


Buat ais krim Malaysia 

Peti ais yang dibekalkan, memang cukup besar. 


Kalau bernasib baik, ais krim yang dijual cepat habis, lagi banyak ruang yang tersedia. 


Pandai-pandailah nak maksimumkan keuntungan dari hasil jualan ais krim tu. 


Caranya? Buatlah sendiri ais krim. Ais krim yang paling mudah untuk disediakan, sudah tentu ais krim Malaysia. 


Masukkan dalam plastik yang panjang tu, kemudian bekukan. Bila dah beku, jadilah ia aiskrim. 


Semasa saya kecil dulu, saya cukup suka ais krim seperti ini, terutamanya perisa asam boi, ais krim kelapa, dan milo pun ok juga. 


Rasa ais krim milo ni satu je yang tak berapa best. Dia tak begitu konsisten. Kadang-kadang tawar, kadang-kadang manis. 


Ais krim dari jenis ais krim Malaysia ni pun kita bukannya boleh jual mahal-mahal. Kalau jual harga mahal sangat, nanti nampak macam syok sendiri pulak. 


Tapi kalau diikutkan, sesetengah bahan untuk buat ais krim ni memang agak mahal. Melainkan kalau kita ada bancuh air, kemudian tak habis minum, lepas tu kita jadikan ia aiskrim. 


Ais krim yang macam mana yang boleh untung lebih?

Kita tak boleh nak harapkan ais krim yang kita beli dari pembekal kalau nak untung yang banyak. 

 
Sebaliknya, apa yang kita boleh lakukan ialah, kita sediakan sendiri ais krim yang hendak kita jual. 


Ya, kena tahu macam mana cara nak buat aiskrim sendiri. 


Macam mana nak fokus pada bisnes aiskrim, caranya boleh dipelajari melalui laman web ini


Saya dah beberapa kali baca kisah kejayaan pengusaha bisnes ais krim ini. 


Pada hari biasa, mereka jual ais krim ditempat yang ada ramai orang. Misalnya di kawasan taman rekreasi, di hadapan sekolah dan sebagainya. 


Sambil mereka berniaga tu, mereka berikan juga fliers yang mana dalam fliers tu mereka ada tulis yang mereka juga menerima tempahan. 


Tempahan ais krim untuk sebarang acara dan majlis. Majlis kecil-kecilan mahupun besar-besaran. 


Kadang-kadang kalau ada ibu bapa yang nak buat majlis hari jadi untuk anak-anak pun boleh. 


Ataupun sekadar untuk majlis family reunion. Sajikan ais krim sebagai salah satu menu untuk santapan. 


Bagi yang berpandangan jauh, mereka fokus untuk bangunkan jenama bagi perniagaan ais krim yang mereka jalankan. 


Bila orang dah kenal jenama ais krim yang kita jual, (sebenarnya resipi buat ais krim belajar dari website ini sahaja) makin mudah untuk dapatkan tempahan untuk majlis-majlis besar. 


Pada ketika itu, mungkin anda dah tak perlu nak jual ais krim pada setiap hari. Pendapatan yang diperolehi dari majlis-majlis besar sudah cukup untuk tampung perbelanjaan seharian anda. 

Baca juga: Bisnes ais krim TERBUKTI berupaya memberi pulangan yang LUMAYAN 


Untuk orang yang masih belum ada bisnes lagi, mungkin boleh cuba buat bisnes ini. 


Start small, end big! 


Kita tak tahu, mungkin percubaan ini akan membuahkan hasil. Boleh cuba berniaga di pasar malam, ataupun mungkin di uptown.


Asalkan harga yang anda tetapkan reasonable, rasanya sedap, pasti akan ada yang minat nak beli lagi.




 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...