Ahad, 24 Februari 2019

Kerja Part Time tanpa modal menulis artikel promosi untuk usahawan


Bukan semua orang ada bakat untuk menulis artikel. 


Bagi mereka yang lahir-lahir memang dah ada bakat untuk menulis tu pula, kadang-kadang mereka ni ada masalah lain seperti tak ada masa nak menghasilkan artikel dan jadi penulis. 


Letakkan diri anda sebagai seorang usahawan yang menjalankan bisnes secara online. 


Aktiviti harian anda, penuh dengan komitmen kerja seperti mendapatkan pelanggan baru, menerima tempahan, melayan pertanyaan pelanggan, memberi khidmat selepas jualan, menambahkan stok produk, menguruskan hal-ehwal berkaitan dengan kewangan dan macam-macam lagi. 

 

Saya kenal, ada banyak usahawan yang memang tak ada masa untuk menulis artikel dan menghasilkan konten-konten yang relevan dan menarik untuk bisnes miliknya. 


Bukannya mereka ini tak tahu, dengan menggunakan strategi content marketing, ia boleh dijadikan strategi pemasaran jangka masa panjang untuk bisnes yang sedang dijalankan. 


Ahad, 17 Februari 2019

Kotak simpanan serbaguna untuk pelbagai jenis barang


Setiap kali bila pergi ke pasaraya besar, sama ada Giant, Aeon, ataupun Tesco, saya suka singgah ke bahagian yang menjual kotak penyimpanan serba guna ataupun storage box. 


Kalau kebetulan harganya within budget, memang saya akan beli. Ada ke yang tak tau saya sedang cerita pasal kotak apa? 


Ini gambar produk tersebut. 

 
Kotak penyimpanan seperti ini, didatangkan dengan pelbagai jenis dan pilihan saiz. 


Ada design yang beroda, untuk memudahkan kita alihkan kotak tersebut. Kalau kita isi barang yang banyak, akan membuatkan kotak ini jadi agak berat. So kalau ada roda, senangla nak tukar-tukar tempat letak kotak ini nanti.  


Semasa saya pindah rumah dulu, saya ada beli beberapa kotak penyimpanan seperti ini. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...