Ahad, 17 Februari 2019

Kotak simpanan serbaguna untuk pelbagai jenis barang


Setiap kali bila pergi ke pasaraya besar, sama ada Giant, Aeon, ataupun Tesco, saya suka singgah ke bahagian yang menjual kotak penyimpanan serba guna ataupun storage box. 


Kalau kebetulan harganya within budget, memang saya akan beli. Ada ke yang tak tau saya sedang cerita pasal kotak apa? 


Ini gambar produk tersebut. 

 
Kotak penyimpanan seperti ini, didatangkan dengan pelbagai jenis dan pilihan saiz. 


Ada design yang beroda, untuk memudahkan kita alihkan kotak tersebut. Kalau kita isi barang yang banyak, akan membuatkan kotak ini jadi agak berat. So kalau ada roda, senangla nak tukar-tukar tempat letak kotak ini nanti.  


Semasa saya pindah rumah dulu, saya ada beli beberapa kotak penyimpanan seperti ini. 



Kotak macam ni, saya gunakan untuk simpan barang-barang saya seperi baju, buku-buku, dan lain-lain barang. Saya rasa guna kotak seperti ini lagi baik dan tahan lebih lama berbanding gunakan kotak kadbod tu. 


Kalau ada kotak seperti ini dari jenis yang sama, nak susun banyak-banyak dalam bilik pun masih nampak kemas, berbanding guna kotak kadbod. 


Bergantung kepada jenis kotak penyimpanan yang anda beli, sebahagiannya ada yang kedap udara dan ada juga yang bertutup rapat hingga tak ada ruang langsung untuk serangga perosak seperti lipas, masuk dalam kotak penyimpan tersebut. 


Masalah kalau guna kotak yang jenis kadbod, kadang-kadang bila kita dah lama tak buka dan check apa yang ada dalam kotak tu, rupa-rupanya kotak tersebut dah jadi sarang lipas. 


Barang dekat dalam tu juga habis rosak semua sekali. Jadi sebab itu saya syorkan guna kotak penyimpanan seperti ini. 


Setiap bulan beli satu dah cukup. Lama-lama akan ada banyak juga kotak ini kalau anda beli dengan konsisten. 


Harga kotak simpanan seperti ini berbeza mengikut saiz. Boleh semak harga di laman web ini



Kalau beli yang harga RM20 pun dah ok. Saiznya dah boleh dikira agak besar. Kalau nak beli online, boleh terus buat tempahan melalui link yang saya bagi tu. 


Tapi kalau anda pun macam saya, lagi puas hati kalau dapat beli dekat kedai dia terus pun bagus juga. 


Sebelum bayar, boleh belek-belek dulu nak tengok sama ada barang tu ada kecacatan atau tak.  
 

Kadang-kadang masa shopping kat Tesco, saya terlupa nak bawa beg shopping sendiri. Kalau kebetulan masa tu ada beli kotak simpanan ni, semua barang boleh masukkan dalam kotak ini sahaja. 




Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...