Rabu, 6 Mac 2019

Tahun baru wajib ada sumber pendapatan baru!


Kalau setiap tahun, kita wujudkan satu sumber pendapatan yang baru, dalam masa 10 tahun, berapakah sumber pendapatan yang patut kita miliki


Jawapannya mudah sahaja. 


10 sumber pendapatan. 


Proses untuk menghasilkan sumber pendapatan, adalah satu proses yang berterusan. Kalau pada 10 tahun yang lalu, anda masih lagi seorang pelajar mungkin pada waktu tu anda masih belum ada sebarang pendapatan. 


Untuk situasi anda yang unik tu, kita fokus ke hadapan. 


10 tahun dari sekarang, sepatutnya anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya 10 punca pendapatan. 


Tahun 2019, saya mensasarkan pendapatan dari dua sumber yang baru. Pertama, adalah menerusi program pengiklanan dari syarikat luar negara iaitu Chitika dan satu lagi menerusi aktiviti jualan produk di laman web Shopee.


Kedua-duanya masih belum mendatangkan sebarang hasil. 


Saya nak mula cerita tentang bisnes di Shopee terlebih dahulu. Daripada kajian dan pembacaan yang saya lakukan, terdapat satu cara yang cukup mudah untuk buat duit di laman web Shopee. 



Cara tersebut adalah dengan menjadi seorang peniaga dropship di Shopee. 


Ada satu supplier yang mampu untuk berikan stok produk bagi tujuan niaga di Shopee. 


Cuma masalah yang saya tengah hadapi sekarang ini ialah, tak ada modal. Kaedah dropship di Shopee tak sama seperti mana kita meniaga di FB mahupun lain-lain laman web media sosial. 


Kita tak boleh nak minta duit pelanggan terlebih dahulu, sebelum nak buat tempahan dengan pihak pembekal. 


Sekurang-kurangnya kita kena ada modal dalam tangan, untuk dijadikan modal dan beli dari pembekal. 


Bila pelanggan dah dapat produk, kemudian barulah pihak shopee akan buat pembayaran ke akaun kita. 

Baca juga: Buat duit tanpa modal di Shopee - Bagaimana caranya? 


https://www.sabreehussin.com/bisnes-shopee


Program pengiklanan Chitika 

Program ini saya baru sertai, sebagai eksperimen untuk lihat sama ada blog ini mampu atau tidak untuk hasilkan pendapatan melalui program tersebut.  


Setakat hari ini, pun sama, masih belum ada sebarang hasil. 


Most likely, saya kena tunggu at least setahun untuk nampak hasilnya. Itupun kalau ada. 


Maka tak hairanlah, bila saya buat pembacaan diinternet, ada ramai yang setuju bahawa program pengiklanan terbaik untuk disertai oleh penulis blog seperti saya adalah program pengiklanan dari Google


Saya pun dah pernah beberapa kali dapat bayaran dari program tersebut. 


Cuma setiap kali dapat bayaran, duit tu terpaksa saya gunakan untuk servis kereta, ataupun untuk bayar hutang


Sekarang ini, saya cuba nak jadikan ini sebagai satu habit. 


Setiap kali tiba tahun baru, saya akan cuba wujudkan satu sumber pendapatan yang baru. 


Biarlah, kalau hasilnya tak seberapa, setidak-tidaknya tak perlu nak bergantung harap hanya pada satu sumber semata-mata. 


Dari pengalaman saya yang lalu, setiap tahun pasti ada sahaja sumber pendapatan yang mula memberikan masalah. 


Sama ada disebabkan berlaku perubahan pada bisnes atau mungkin pengendali program sudah tidak mampu untuk teruskan bisnes. Jadi kena siap sedia dengan pendapatan lain dan pada masa yang sama kena sentiasa cari sumber yang baru.
   

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...