Sabtu, 10 Ogos 2019

Teringin nak jadi Personal Shopper untuk Ikea?


Nama Ikea bukanlah satu jenama yang asing di negara kita. 


Sebut sahaja nama Ikea, pasti terbayang menu meatball, pelbagai kelengkapan pejabat, perabot, set meja makan, set bilik tidur dan macam-macam lagi.


Sekarang ini dekat negara kita dah mula ada banyak cawangan Ikea yang dibuka. Boleh jadi sekarang ini dekat rumah anda, sekurang-kurangnya ada satu produk keluaran Ikea. 


Saya tertarik untuk eksplore satu topik yang berkaitan dengan Ikea. 


Ya, macam mana nak buat duit dengan Ikea? Ada idea? 


Pernah layari laman web Ikea? 


Bagi yang tak tau, atau terlepas pandang ke... Ikea ni ada laman web dia sendiri. 


Anda boleh layari https://www.ikea.com/my/en/


Menerusi laman web Ikea ini juga, anda boleh lihat senarai produk, ada katalog, ada cadangan untuk dekorasi, kalau nak buat tempahan produk juga boleh. 


Namun begitu, saya beberapa kali nampak ada produk Ikea yang dijual di laman web selain Ikea. 


Contohnya, di laman web Lazada


Tak percaya? Boleh ke pautan ini untuk lihat barangan Ikea yang dijual di Lazada. 


Dari segi harga, sudah tentu ada perbezaannya. 


Boleh dapat dengan harga yang lebih murah kalau beli terus di Ikea, tapi nak jugak beli dekat laman web lain. 


Kenapa ya? 




Oh selain di Lazada Malaysia, terdapat juga seller yang jual barangan Ikea di laman web Shopee. 

https://soaljawab.my/bisnes-shopee-r


Dua laman web ini, iaitu Shopee dan Lazada adalah antara laman web yang anda boleh semak kalau barang Ikea yang anda nak beli dah kehabisan stok. 


Kehabisan stok? 


Ini semua SALAH PERSONAL SHOPPER IKEA! 

Apa kaitan antara personal shopper Ikea dengan masalah kehabisan stok dekat Ikea Warehouse? 


Saya tak pasti, sama ada anda pernah berdepan dengan situasi seperti ini ataupun tidak. 


Pernah tak berlaku, anda datang ke Ikea, tempuh trafik jam, pusing satu bangunan, alih-alih barang yang anda nak beli... dah kehabisan stok! 


Adakah anda sanggup nak pergi ke cawangan Ikea yang lain, semata-mata untuk beli barang yang anda perlukan? 


Kalau tak jauh sangat mungkin bolehlah gigihkan diri untuk pergi, contohnya macam Ikea Cheras dengan Ikea Damansara, tak la jauh sangat. 


Tapi kalau perlu melangkau dua buah negeri? Mesti tak sanggup, kan. 


Dari pembacaan yang saya buat, rupa-rupanya ada individu yang jadi personal shopper Ikea, yang suka beli lebih stok barang dari Ikea untuk dijual semula. 


Sama ada jual semula di media sosial ataupun jual melalui laman web ecommerce. 


Cubalah bayangkan, kalau dalam Malaysia ni ada lebih 1,000 orang yang jadi personal shopper, dan setiap orang simpan sekurang-kurangnya 10 unit stok barang, saya kira pasti stok produk yang dijual di Ikea akan habis juga.  

  
Bukan semua orang rajin nak pergi shopping. 


Lagi-lagi kalau tempat tu besar macam Ikea. Orang yang tak larat nak berjalan, orang yang tak ada kenderaan nak bawa balik perabot besar-besar, atau mereka yang ada anak kecil. 


Mereka ini ada kekangan untuk datang sendiri shopping di Ikea. 


Jadi tak hairanlah kalau khidmat dari Personal Shopper diperlukan pada waktu-waktu dan situasi seperti itu.


Adakah anda minat nak jadi Personal Shopper Ikea? Jika ya, boleh saya tahu apa yang buatkan anda minat nak jadi personal shopper ini? 


In Shaa Allah, kalau ada kerajinan saya akan eksplore lagi topik ini dan akan tulis lebih lagi. 


Itupun kalau rajin. 


Ataupun anda boleh baca blog saya yang ini, sebab saya lebih kerap update blog yang itu berbanding blog ni.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...