Buat bisnes MLM ini, boleh bantu kita jadi kaya ke?
Alangkah seronoknya, kalau kewangan kita boleh berubah, hasil daripada menjalankan bisnes MLM... kan?
Walaupun diluar sana, memang ada banyak kisah kejayaan dari individu yang berjaya dalam bisnes ini, namun kisah-kisah kegagalan dalam bisnes seperti ini juga tak kurang banyaknya.
Itu belum lagi kita ambil kira, kisah-kisah dan penyesalan mereka yang terjebak dalam bisnes seperti ini.
Aneh, kan... bisnes ini seolah-olah sengaja mensasarkan individu yang kurang pengalaman dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan.
Bila baca perkongsian pengalaman peserta yang lalu, kita pun jadi tertanya-tanya, adakah bisnes MLM ini bisnes yang tujuannya adalah untuk scam duit orang?
Bisnes MLM yang sebenar, ianya tak begitu.
Ia sebenarnya tak jauh beza dengan lain-lain jenis bisnes yang ada diluar sana.
Jika ada kesempatan, saya mungkin akan menulis mengenai bisnes MLM yang menipu dan scam. Tapi dalam kesempatan ini, saya ingin fokus kepada bisnes MLM yang sebenar, yang mana matlamatnya adalah untuk menjalankan perniagaan yang betul dan sah disisi undang-undang.
Dalam kesempatan ini, saya akan bincangkan antara tips yang anda boleh gunakan untuk menjalankan bisnes jenis MLM.
(1) Mindset yang betul dalam berbisnes
Perkara pertama yang perlu dilakukan, dalam bisnes ini termasuk mana-mana bisnes yang bakal anda ceburi dimasa akan datang, adalah menetapkan matlamat yang jelas, tentang apa yang anda ingin capai.
Actually, nasihat ini sebenarnya selari dengan nasihat yang diberikan oleh Brian Tracy melalui buku tulisan beliau bertajuk The Psychology of Selling, atau edisi bahasa Melayu, Psikologi Menjual.
Antara perkara paling awal yang kita perlu sediakan adalah menulis matlamat yang jelas.
Formula untuk menulis matlamat ini pula adalah SMART yang mana ia merujuk kepada
Spesific - Matlamat tersebut spesifik dan jelas
Measureable - Boleh diukur
Attainable - Matlamat mestilah sesuatu yang boleh dicapai
Realistic - Matlamat tersebut mestilah realistik
Time Bound - Ada tempoh masa untuk dicapai
Bila kita dah tetapkan matlamat, barulah kita susun strategi, macam mana nak capai matlamat tersebut.
Dalam bab menyusun strategi ini, kita tentukan apa kaedah pemasaran yang kita akan gunakan. Sama ada nak fokus pada media sosial, search engine optimization, atau content marketing.
Kadang-kadang kita tak perlu nak guna terlalu banyak strategi.
Cukup fokus pada satu strategi, namun pada masa yang sama, kenalah pastikan strategi tersebut memang cukup berkesan.
(2) Bina rangkaian yang mempunyai minat dan matlamat yang sama seperti anda
Cuba tanyakan pada diri anda, apakah matlamat yang anda cuba capai melalui bisnes yang bakal anda bina ini?
Adakah anda ingin bebaskan diri anda dari masalah hutang?
Adakah anda ingin membina pendapatan tambahan?
Adakah anda ingin membeli lebih banyak aset?
Diluar sana ada ramai individu lain yang sebenarnya berkongsi matlamat dan visi yang sama seperti anda.
Cari individu tersebut.
Atau kalau anda rasa sukar untuk mencari individu yang mempunyai matlamat yang sama seperti anda ini, anda buatlah sesuatu yang boleh memudahkan individu seperti ini menemui anda.
Bagaimana caranya?
Jadilah seorang yang aktif menulis blog.
Jadilah seorang yang kerap menghasilkan video di Youtube.
Jadi seseorang yang orang kenali sebagai influencer.
Jadi content marketer.
Apabila content anda mudah untuk ditemui, oleh individu yang memiliki minat dan matlamat yang lebih kurang sama seperti anda, ini akan lebih memudahkan proses untuk membina networking.
(3) Turunkan ilmu kepada rangkaian anda
Satu perkara yang bagi saya menarik mengenai bisnes jenis networking ini ialah, kita sebagai upline atau introducer sepatutnya tak perlu risau untuk menjadikan ahli didalam rangkaian kita lebih pandai dari kita.
Kalau kepakaran kita adalah dalam bab bidang penulisan content dan copywriting, maka kita turunkan kepakaran tersebut kepada ahli dalam rangkaian kita.
Tujuannya supaya mereka ini juga boleh memiliki kemahiran yang sama macam apa yang kita ada.
Sepatutnya kita perlu rasa gembira apabila ahli dalam rangkaian kita mampu untuk menjadi seorang Pro Marketer, kerana apabila mereka mampu bergerak sendiri, mampu menjadi seorang leader, bermakna mereka mampu untuk membina rangkaian yang besar dibawah mereka.
Pada masa yang sama, kita sebagai upline turut akan menerima tempias positif dari perkara tersebut.
(4) Cipta satu strategi yang mudah dan boleh ditiru oleh rangkaian anda
Apakah strategi pemasaran yang mudah untuk dilakukan oleh hampir semua orang?
Pada pandangan saya, strategi yang mudah dan semua orang pasti boleh lakukannya adalah strategi pemasaran menggunakan blog.
Ya saya tahu, mungkin ada yang merasakan blogging ini sudah tak begitu relevan.
Tapi sebenarnya pandangan seperti itu kurang tepat.
Sebaliknya, jika anda benar-benar faham, bagaimana menggunakan strategi blogging ini dengan sebenar-benarnya, anda boleh mendapatkan hasil yang sangat menakjubkan.
Baiklah... kenapa mesti blog?
Bukankah sekarang ini orang lebih suka menonton video di Youtube, Tiktok dan sebagainya.
Apakah kita masih lagi perlu bergantung pada blog lagi?
Blog ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Jangan terus tinggalkan medium atau platform blogging ini, hanya semata-mata sebab adanya Youtube dan juga tiktok.
Platform sedemikian mungkin lebih digemari oleh golongan anak muda dan remaja. Tetapi bila kita menjalankan bisnes network marketing atau bisnes MLM, target kita bukannya mereka ini semata-mata.
Hakikatnya, masih ada ramai lagi diluar sana yang lebih selesa membaca berbanding menonton video.
(5) Bina hubungan yang baik antara ahli dalam rangkaian
Kita dah bersusah-payah membina ahli dalam rangkaian. Namun kerja kita masih belum selesai.
Kita perlu bina hubungan yang baik, dan cubalah berkenal-kenalan dengan ahli dalam rangkaian kita tersebut.
Setiap orang ini, ada sikap dan karekter yang berbeza-beza. Kadang-kadang mereka ini bukannya malas nak buat kerja-kerja marketing, tapi mereka tak tahu macam mana nak bermula.
Sesetengah orang, bila dia tak tahu macam mana nak bermula, dia akan bertanya soalan kepada upline.
Tapi ada sesetengah orang ni pula, dia pilih untuk senyap.
Diamkan diri.
Padahal, mendiamkan diri ini tak akan menyelesaikan masalah dan sudah tentu tak akan memberikan sebarang hasil.
(6) Elakkan dilihat menjadi seorang yang mempunyai muslihat
(7) Gunakan social media untuk aktiviti soft-selling
Ada ketikanya sikap dan kelakuan kita sendiri di media sosial yang membuatkan orang memilih untuk menjauhkan diri dari kita.
(8) Bisnes ini bukan semata-mata untuk menjadikan anda kaya
(9) Manfaatkan kuasa Pemasaran Internet (Internet Marketing)
(10) "Pinjam" reputasi dan prestasi leader
(11) Dapatkan mentor
(12) Yakin dengan diri sendiri
Bisnes Multi Level Marketing atau Network Marketing ini merupakan suatu cabang bisnes yang memang sah mengikut undang-undang di negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan