Selasa, 27 Disember 2022

Kerja penulis boleh jadi kaya ke?

Kerja sebagai penulis ni, boleh jadi kaya ke? 

 

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak berfikir mengenai hal-hal berkaitan dengan kewangan

 

Saya merasakan ada beberapa perkara dan keputusan yang berkaitan dengan kewangan, yang saya sebenarnya telah tersilap langkah. Apa boleh buat, semasa keputusan diambil, saya merasakan itulah tindakan yang paling tepat, tapi ianya tetap mempunyai kesan "dimasa akan datang"

 

Kini, that so called "masa akan datang" itu dah tiba. Saya perlu bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang pernah saya lakukan satu masa dulu. 

 

Boleh jadi, ini merupakan salah satu kesan sampingan, apabila saya mula banyak membaca bahan bacaan yang fokusnya adalah mengenai topik pengurusan kewangan. 

 

Sama ada suka ataupun tidak, saya kena fikirkan baik buruk dalam setiap keputusan yang diambil, terutama sekali apabila keputusan tersebut dapat memberi impak terhadap kedudukan kewangan peribadi saya. 

 

Soalan ini serius. 

 

"Boleh kaya ke kalau kerja jadi penulis ni sebenarnya?" 

 

Sebelum tu, perbincangan ini adalah tentang sama ada kita boleh jadi kaya atau tak bila kerja sebagai penulis. 


Saya bukannya nak bincangkan sama ada kerja sebagai penulis ini, boleh buat duit ataupun tak. 

Baca juga: Nak buat duit dengan menulis? Ini yang anda perlu tahu...


Setakat hari ini, saya sendiri bekerja sebagai seorang penulis, dan sudah tentu saya buat duit melalui kerja-kerja penulisan yang saya lakukan. 


Maknanya apa?

Isnin, 26 Disember 2022

13 Tips Bisnes MLM untuk orang baru

Buat bisnes MLM ini, boleh bantu kita jadi kaya ke? 

Alangkah seronoknya, kalau kewangan kita boleh berubah, hasil daripada menjalankan bisnes MLM... kan? 

 

Walaupun diluar sana, memang ada banyak kisah kejayaan dari individu yang berjaya dalam bisnes ini, namun kisah-kisah kegagalan dalam bisnes seperti ini juga tak kurang banyaknya. 


Itu belum lagi kita ambil kira, kisah-kisah dan penyesalan mereka yang terjebak dalam bisnes seperti ini. 

 

Aneh, kan... bisnes ini seolah-olah sengaja mensasarkan individu yang kurang pengalaman dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. 

 

Bila baca perkongsian pengalaman peserta yang lalu, kita pun jadi tertanya-tanya, adakah bisnes MLM ini bisnes yang tujuannya adalah untuk scam duit orang? 

 

Bisnes MLM yang sebenar, ianya tak begitu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...