Anda mencari sesuatu? Boleh saya bantu?
Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman blog saya. Blog ini merupakan salah satu daripada beberapa blog yang saya miliki.
Disebabkan saya memiliki lebih dari satu blog, jadi blog ni memang selalu terabai! Mujurlah... menulis blog di platform blogspot macam ni percuma sahaja. Kalau tidak... mesti saya dah rugi beribu-ribu ringgit sebab kena bayar kos untuk domain dan hosting.

Blog ni merupakan antara blog terawal yang saya pernah hasilkan. Kalau bukan sebab saya pernah baca satu artikel tentang kejayaan penulis blog menjana pendapatan yang lumayan hanya menjadi blogger, dah tentu saya tak akan ada blog sendiri.
Pada awalnya, saya juga tak tau macam mana cara nak buat duit dengan blog. Saya tak dapat nak bayangkan, macam mana dengan menulis blog, akhirnya aktiviti tersebut boleh ditukar menjadi satu kerjaya yang boleh menyumbang kepada pendapatan.
Setengah orang, menulis hanya untuk suka-suka.
Ada orang menulis kerana nak berkongsi informasi.
Orang lain, menulis untuk mengisi masa lapang dengan meluahkan perasaan.
Tapi saya... saya menulis sebab nak cari duit dan jana pendapatan yang boleh menggantikan pendapatan utama saya!
Adakah saya telah berjaya mencapai matlamat tersebut? Apa yang boleh saya katakan, saya kini berada di landasan yang betul.
Ya, menulis di blog memang terbukti boleh menghasilkan pendapatan. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan berapa banyak yang sanggup dikorbankan.
Pengorbanan dari segi masa.
Ia perlukan masa untuk nampak hasilnya.
Ia perlukan masa untuk pelajari teknik-teknik penulisan yang boleh convert kepada sales. Sudah tentulah menulis untuk dapatkan jualan tak sama macam kita menulis untuk melaporkan suatu berita ataupun untuk dapat A dalam subjek Bahasa Melayu penulisan!
Selain itu, ia juga perlukan masa untuk lakukan kerja-kerja promosi sebelum dapat lihat hasilnya.
Apa pun, saya amat puas hati dengan hasilnya. Ya, road to success is always in work in progress.
Saya tak pasti, apa yang anda ingin cari. But somehow you end up being here. I wish I know, what you are looking for, so that I can give it to you.
Selamat membaca, dan mudah-mudahan apa yang pernah saya kongsikan dalam blog ni, ada yang beri manfaat kepada anda!
Sabree Hussin
http://www.sabreehussin.com